ENAM tahun membina nama dalam industri seni, pelakon Siti Khadijah Halim masih berpegang kepada prinsipnya iaitu enggan terburu-buru dalam mengecapi populariti.
Mengambil keputusan untuk menjadikan bidang seni sebagai kerjaya, Siti Khadijah enggan menggunakan publisiti murahan sebagai jalan pintas sebaliknya mahu mempertaruhkan bakat dalam bidang lakonan.
“Apabila saya memilih bidang seni sebagai kerjaya, saya memandang industri ini sebagai serius dan bukan sekadar main-main. Biarlah mengambil masa yang lama namun saya tidak mahu menggunakan jalan pintas.
“Tidaklah sehingga sengaja mencari publisiti murahan untuk menaikkan nama. Jika terpalit dengan sebarang kontroversi, biarlah ia datang secara semula jadi.
“Apabila waktu itu tiba, saya harus menghadapinya dengan matang. Tidak dinafikan ada yang melihat saya sebagai sombong dan sukar didekati kerana saya meletakkan batas atau benteng ketika bekerja.
“Mungkin juga saya mempunyai masalah sukar mempercayai orang. Dan itu juga membuatkan orang melihat saya sebagai sombong atau sukar untuk didekati,” katanya.
Kata pelakon drama "Dukun Diva" itu lagi, dia juga mahu memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dalam setiap segi pada tahun ini.
“Saya mahu menjadi insan yang lebih baik, malah berharap menjadi contoh dan inspirasi buat anak muda lain.
“Ada peminat mengagumi pencapaian saya dan mahu mengikut jejak langkah. Saya gembira dengan reaksi positif yang diterima dan mahu orang lain juga mencatat kejayaan sama.
"Saya mahu menjadi contoh yang baik kepada mereka,” katanya. -Gempak
Gempak
Mon Feb 20 2023

Siti Khadijah enggan menggunakan publisiti murahan sebagai jalan pintas sebaliknya mahu mempertaruhkan bakat dalam bidang lakonan. -Gempak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tidaklah sehingga sengaja cari publisiti murahan - Siti Khadijah
Siti Khadijah enggan menggunakan publisiti murahan sebagai jalan pintas sebaliknya mahu mempertaruhkan bakat dalam bidang lakonan.