TEGURAN terbuka Liza Hanim terhadap usahawan kontroversi menjadi perhatian ramai terutamanya para netizen di media sosial.
Seperti mana yang umum ketahui, sebelum ini telah tular video tindakan seorang usahawan kontroversi yang bertindak menyusukan anak di tempat awam secara terbuka.
Liza yang juga penyanyi lagu Andai Aku Bersuara serta ibu kepada lima orang anak itu menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya telah menyuarakan pendapat tersendiri tentang isu tersebut.
“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini, ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak depan khalayak ramai dan ambil gambar.
“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam breastfeeding journey (kisah penyusuan badannya).
“Namun, sebagai seorang saudara dalam Islam, saya juga mohon tolonglah jaga adab ketika menyusu di khalayak ramai.
Aurat harus dijaga
“Saya sendiri pernah susukan anak di mana-mana sahaja. Malah pernah satu ketika di tepi jalan di bandar Seoul, Korea dan saya juga merakamkan gambar.
“Tetapi ingatlah, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan masalah saya berhijab dan dia free hair (tidak bertudung). Cukuplah jaga kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu.
“Jagalah kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Saya bersuara untuk mengingatkan diri sendiri juga,” luah Liza Hanim.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Majalah Wanita
Mingguan Wanita
Tue Feb 22 2022

Liza Hanim yang merupakan ibu kepada lima orang anak itu menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya telah menyuarakan pendapat tersendiri tentang isu tersebut. - Foto IG Liza Hanim
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.

Dua dekad dalam industri, Liza Hanim umum konsert solo pertama tahun hadapan
Menurut pelantun Tragedi Tenda Biru ini, beliau sudah lama mahu mengumumkan mengenai perkara tersebut (konsert) yang akan membawa perjalanannya selama 27 tahun dalam industri seni suara.

All Stars GV: Zamani tersingkir, Liza Hanim kekal juara mingguan
Zamani gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad.

Ashira terkejut, menggigil dengar berita Bad Indigo meninggal dunia
Ashira ketika dihubungi Gempak berkata, dia menerima perkhabaran tersebut daripada kenalan media.

All Stars GV: Liza Hanim terus unggul, perjalanan Ayai terhenti
Ayai gagal menambat hati juri apabila hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri tetap.

Siti Nurhaliza pertahan Liza Hanim, bidas netizen kritik fizikal sahabatnya
Siti Nurhaliza kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohan.

GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.

'Seolah-olah ada pakatan nak jatuhkan saya' - Liza Hanim
Alamak siapa pula nak jatuhkan Liza Hanim?

Kali ketiga diserang COVID-19, Liza Hanim reda suara terkesan
Dia kini perlu membuat latihan dan senaman untuk menjaga pernafasan dan stamina yang terkesan akibat jangkitan virus berkenaan.

Teguran terbuka Liza Hanim: "Jagalah kehormatan kita sebagai wanita''
Teguran terbuka Liza Hanim terhadap usahawan kontroversi menjadi perhatian ramai terutamanya para netizen di media sosial.