PENYANYI Liza Hanim kesal apabila menyedari ada kelompok individu yang cuba hendak menjatuhkan dirinya dengan memberi kecaman seolah-olah dia dikatakan suka ‘makan’ atau menenggelamkan rakan duetnya.
Kata Liza, ia seuatu yang melampau kerana jauh dari sudut hatinya ada berniat begitu setiap kali membuat persembahan.
“Saya tak tahu kenapa ada yang cakap saya suka ‘makan’ rakan duet. Seolah-olah ada pakatan untuk cipta imej atau ideologi menjatuhkan saya.
“Perkataan ‘makan’ itu bagi saya agak berlebih-lebihan, melampau pun ada. Saya tak faham mengapa setiap kali membuat persembahan dengan mana-mana artis, akan timbul isu itu.
“Sejak dulu lagi saya perasan, seolah-olah ada pihak yang memang menunggu masa dan sebarkan ideologi sebegitu untuk buat orang tak suka dengan penampilan saya.
“Saya tak pernah ada niat atau terfikir pun hendak lawan rakan duet. Itu adalah persembahan bersama, saya juga sudah lama jadi penyanyi,” katanya.
Liza ditemui ketika majlis makan malam, Enchanted Night Majalah Nona baru-baru ini.
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga tahun 90-an itu, setiap persembahan yang dilakukan sudah melalui latihan dan diatur sebelum persembahan sebenar.
“Tugas saya di atas pentas adalah untuk menyanyi, melontarkan semua tenaga dan kemampuan yang ada. Bukan untuk berlawan siapa hebat.
“Tetapi apa yang anda tak tahu, apa yang kami lakukan di atas pentas mengikut apa yang sudah dirancang.
“Kalau betul saya ‘makan’ rakan duet, pasti tiada sesiapa yang akan menjemput saya menyanyi lagi,” kongsinya. - Gempak
Gempak
Mon Aug 07 2023

Liza Hanim kesal apabila menyedari ada kelompok individu yang cuba hendak menjatuhkan dirinya dengan memberi kecaman seolah-olah dia dikatakan suka makan atau menenggelamkan rakan duetnya. - Gempak

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.

Dua dekad dalam industri, Liza Hanim umum konsert solo pertama tahun hadapan
Menurut pelantun Tragedi Tenda Biru ini, beliau sudah lama mahu mengumumkan mengenai perkara tersebut (konsert) yang akan membawa perjalanannya selama 27 tahun dalam industri seni suara.

All Stars GV: Zamani tersingkir, Liza Hanim kekal juara mingguan
Zamani gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad.

Ashira terkejut, menggigil dengar berita Bad Indigo meninggal dunia
Ashira ketika dihubungi Gempak berkata, dia menerima perkhabaran tersebut daripada kenalan media.

All Stars GV: Liza Hanim terus unggul, perjalanan Ayai terhenti
Ayai gagal menambat hati juri apabila hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri tetap.

Siti Nurhaliza pertahan Liza Hanim, bidas netizen kritik fizikal sahabatnya
Siti Nurhaliza kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohan.

GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.

'Seolah-olah ada pakatan nak jatuhkan saya' - Liza Hanim
Alamak siapa pula nak jatuhkan Liza Hanim?

Kali ketiga diserang COVID-19, Liza Hanim reda suara terkesan
Dia kini perlu membuat latihan dan senaman untuk menjaga pernafasan dan stamina yang terkesan akibat jangkitan virus berkenaan.

Teguran terbuka Liza Hanim: "Jagalah kehormatan kita sebagai wanita''
Teguran terbuka Liza Hanim terhadap usahawan kontroversi menjadi perhatian ramai terutamanya para netizen di media sosial.