Perkara itu disahkan oleh suami Ellie, Azri Iskandar sebentar tadi.
"Saya bukan saja kehilangan mak mertua tapi seorang kawan tempat mengadu selama ini.
"Semoga Allah tempatkan mak bersama orang yang beriman," katanya kepada Gempak.
Menurut Azri, ibu mertuanya meninggal dunia akibat sakit yang ditanggung selama ini.
"Arwah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang dan strok. Selain itu kerana tekanan darah rendah," katanya kepada Gempak.
Sebelum ini, arwah yang berusia 76 tahun disahkan lumpuh separuh badan sejak hujung tahun lalu.
Akibat daripada itu, arwah hilang upaya makan, bercakap dan berjalan.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Bandar Bukit Puchong hari ini.