KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa dikejutkan dengan pengarah filem 'Mat Kilau' Syamsul Yusof tidak melafazkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif berkata, usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan ini secara baik tidak berjaya.
Akberdin berkata, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof selaku defendan dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah berbincang mengenai terma-terma perceraian namun mereka tidak mencapai persetujuan.
“Maka anak guam saya mahu meneruskan prosiding permohonan lafaz cerai dengan membaca laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP),” katanya.
Bagaimanapun peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul berkata, usaha untuk menyelesaikan kes ini secara baik tidak berjaya setelah draf persetujuan yang disediakan oleh mereka dalam prosiding lalu telah dipinda oleh Puteri Sarah.
Beliau berkata, terdapat beberapa perubahan dalam draf penjanjian dibuat oleh Puteri Sarah antaranya mahu meneruskan kes saman sivil terhadap madunya, Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghira Fatini serta keluarga.
“Puteri Sarah juga menuntut mutaah yang tinggi dan beberapa aset lain yang tidak dipersetujui oleh anak guam saya,” katanya.
Akberdin: Rasanya tidak perlu didedahkan terma-terma persetujuan di sini, teruskan sahaja dengan prosiding kes permohonan cerai.
Azmi: Plaitif hanya mahu ceritakan rentetan yang berlaku, bukan mahu dedahkan maklumat secara terperinci.
Peguam syarie Syamsul ini turut membantah, sekiranya laporan JKP dibaca dalam prosiding tersebut.
Ini kerana beliau berkata, sesi JKP yang berlangsung pada 24 Mac lalu, tidak dikendalikan secara sempurna kerana dibuat secara berasingan.
“Sekurang-kurangnya, wakil JKP perlu berjumpa dan berbincang selain memujuk pasangan ini supaya berdamai.
“Jadi saya cadangkan sesi JKP diulang semula dan ia boleh dibuat untuk mencapai persetujuan secara baik,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa prosiding JKP dibuat secara tidak sempurna atau cacat, Akberdin menghujahkan, peguam defendan tidak boleh membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
“Beliau malah saya sendiri, tidak berada di situ semasa prosiding JKP berjalan, jadi pihak plaintif tidak boleh membuat kesimpulan bahawa sesi JKP itu adalah cacat," katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Mei depan untuk memanggil pengerusi JKP bagi memberi penjelasan berhubung prosiding JKP berkenaan.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga pasangan pelakon ini mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.
Puteri Sarah yang juga pelakon ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’, kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co.
Antara alasan permohonan itu ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq berpanjangan serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri mengikut hukum syarak.
Pada 7 Mac lalu, susulan keengganan Syamsul menceraikan Puteri Sarah, mahkamah memerintahkan mereka melantik wakil JKP.
Mahkamah kemudiannya, menetapkan prosiding itu pada Selasa, untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun, pada 10 April, mahkamah dimaklumkan bahawa, pasangan ini telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan secara baik.
Ia berdasarkan terma-terma penyelesaian yang dipersetujui antaranya hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 18 2023
Syamsul Yusof tidak melafazkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
Perceraian bukan satu trend, kata Puteri Sarah
"Tidak ada mana-mana pasangan suami isteri yang mahu rumah tangga mereka berakhir dengan kekecewaan."
"Alhamdulillah, happy ending" - Puteri Sarah syukur Syamsul Yusof pulang ke pangkuan keluarga
Pelakon Puteri Sarah Liyana melahirkan rasa syukur apabila bekas suaminya Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.
'Saya nak kedamaian' - Yusof Haslam gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
Yusof berkata dia sentiasa menghormati pilihan yang dibuat oleh anak sulungnya itu dan tidak pernah berharap agar Syamsul berpisah dengan Ira.
Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa
Perkongsian itu sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa Syamsul sudah berbaik dengan ibu bapa dan Puteri Sarah demi anak-anak.
Sudah 'move on', Puteri Sarah enggan komen perceraian Syamsul Yusof
Sarah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perceraian bekas suaminya itu dengan Ira Kazar.
Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu
Mahkamah mengesahkan berlakunya pelanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.
Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes cerai Syamsul Yusof-Ira Kazar pada 25 Sept
Sebutan kes perceraian pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ditetapkan ke tarikh baharu iaitu 25 September depan.
Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar
Peguam mewakili pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan anak guamnya sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Ira Kazar.
Peguam sahkan Syamsul Yusof fail penceraian terhadap Ira Kazar
Perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu.
'Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri
Menerusi video pendek yang dikongsi, jelas merakamkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain bentuk badannya juga sedikit berisi.