SINGLE terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza dilancarkan di semua pelantar digital bermula hari ini.
Lagu tersebut boleh dilanggani di Apple Music (itunes), Spotify, Joox dan KKBox.
Ini merupakan kerjasama yang pertama antara Siti Nurhaliza bersama Hael Husaini dan Ezra Kong.
Hael menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya kepada Siti Nurhaliza sejak Februari 2018 dan berjaya merealisasikannya apabila Siti tertarik dengan demo yang beliau hantar pada bulan Mei.
Lagu ini dirakamkan oleh Siti pada pertengahan Ogos lalu.
Menurut Siti, dia tertarik dengan lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong ini sewaktu pertama kali mendengarnya.
“Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk merakamkan lagu yang berjudul Anta Permana kerana yakin dengan bakat yang dimiliki oleh dua komposer muda ini,” katanya.
Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu Klasik yang bermaksud `tidak terkira' atau infiniti. Lagu ini mengisahkan cinta sejati yang tiada bandingannya.
Pemilihan judul lagu ini selain maknanya yang bertepatan lirik lagu, Siti juga berusaha memperkenalkan kembali perkataan Melayu Klasik yang jarang digunakan.
“Saya menaruh harapan yang tinggi dengan kemunculan single terbaharu ini dan berharap agar para peminat muzik tempatan akan menyukainya.
“Anta Permana adalah sebuah lagu yang segar, mesra telinga (catchy) serta ada keunikan dengan gabungan muzik moden dan klasik,” katanya.
Siti juga telah menjalani penggambaran muzik video yang diarahkan oleh Rifaiee Omar dari Rio Films Production.
Muzik video ini dijangka akan boleh ditonton di youtube Vevo DatoSNurhalizaVEVO bermula minggu hadapan.
Sinar Harian
Thu Sep 20 2018

Single terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza dilancarkan di semua pelantar digital bermula hari ini.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

COVID-19: '7 Nasihat' Siti Nurhaliza kepada peminat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Pelantun lagu 'Anta Permana' itu menggunakan tajuk single terbaharu beliau "7 Nasihat" sebagai memberikan panduan kepada pengikutnya.

"Terima kasih semua" - Siti Nurhaliza terharu pengikut di Instagram berjumlah tujuh juta orang
Kekal sebagai artis paling berpengaruh di Malaysia.

Siti Nurhaliza teruja untuk beraksi di Adelaide
Undangan mengadakan konsert di Adelaide, Australia dianggap satu penghormatan buat Siti Nuhaliza.

Siti Nurhaliza tamatkan kayuhan 72km, di tempat ke-22
Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mencuri tumpuan ramai apabila turut menyertai program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, pagi ini.

Siti Nurhaliza, Sitizoners dan zon selesa
Mantera apakah yang telah dijampi hingga membuatkan 10,000 peminat seolah terpukau disihir vokal emas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza?

Siti Nurhaliza ulangi magis dua dekad
Konsert jelajah pada malam itu boleh disifatkan sebagai retrospektif lebih dua dekad penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.

"Tolong jangan tertipu!" - nasihat Siti Nurhaliza buat peminat
Peminat kongsi pengalaman mereka bahawa telah memasukkan wang untuk membeli tiket tersebut dan kemudian baru menyedari diri ditipu.

Jelajah Siti Nurhaliza on Tour bermula di Jakarta
Kira-kira 3,000 peminat dari dalam dan luar republik itu tidak ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Siti Nurhaliza on Tour di Istora Senayan Jakarta.

Video air mata: Pesakit polio sebak bertemu Siti Nurhaliza
Selama ini, Khusnul Khotimoh hanya mampu mendengar suara penyanyi pujaannya sahaja.

Siti Aafiyah satu tanggungjawab buat Siti Nurhaliza
11 Januari 1979 merupakan satu tarikh keramat buat seorang individu yang begitu diminati oleh setiap lapisan umur dan juga masyarakat Malaysia