PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mencuri tumpuan ramai apabila turut menyertai program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, pagi ini.
Dalam acara ini, Siti melakukan kayuhan untuk kategori Warisan dengan mengelilingi pulau itu dengan jarak sejauh 72km.
Pelantun lagu Anta Permana ini telah berjaya menamatkan kayuhan pada jarak tersebut dalam masa tiga jam, 13 minit dan 30 saat, sekali gus berada di tempat ke-22 daripada 1000 peserta.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Siti mendedikasikn medal yang dimenangi itu kepada cahaya mata kesayangannya, Siti Aafiyah.
“Alhamdullillah medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan dan menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.
“Mula-mula ibu nak masuk 25km saja, iyalah fun ride la kann. Lepas tu satu team kata alang-alang dah sampai Langkawi, jom kayuh sampai 72km. Whattttt!!! Dah lah tak pernah lebih 50km, berangan nak 72km.
“Berbekalkan semangat dan bantuan trainer saya #faizboh, saya kuatkan semangat,” luah Siti.
Dalam pada itu, kata Siti lagi, sebelum memulakan kayuhan dia telah terjatuh sehingga menyebabkan lututnya luka. Bagaimanapun, Siti tetap bersemangat meneruskan acara dan berjaya menamatkan kayuhan dengan baik.
“Apa yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas, saya dah ‘jatuh’. Lukalah lutut. Macamanalah boleh jatuh, padahal dah berhati-hati sangat. Tak apa tebalkan muka, semangat punya pasal.
“Berlepas saja, hati dah dup dap dup dap. Takut jatuh lagi. Tapi Alhamdullillah, Allah pelihara sepanjang jalan. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km dan habiskan.
“Sambil kayuh, sambil istigfar, sambil bising bila nak habis ni. Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir Aafiyah kat bilik nak susu, Aafiyah nak susu. Itu yang buat ibu kayuh lagi laju tau Aafiyah,” kongsi Siti.
Selain Siti, kategori Warisan turut disertai Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sinar Harian
Mon Apr 15 2019
Pelantun lagu Anta Permana ini telah berjaya menamatkan kayuhan pada jarak tersebut dalam masa tiga jam, 13 minit dan 30 saat, sekali gus berada di tempat ke-22 daripada 1000 peserta. - Gambar fail
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Consider This: Heavy Vehicles - How Can Malaysia’s Roads Be Made Safer?
In the first ten months of 2024, 825 lorries were involved in fatal accidents, contributing to over 5,300 deaths—a stark reminder that although heavy vehicles make up a small fraction of traffic, their disproportionate involvement in fatalities highlight deep systemic issues. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Qamar Wan Noor, Leadership and Transformation Consultant and the former COO of the-then Land Public Transport Commission (SPAD) and Shahrim Tamrin, who is a Road Safety and Sustainable Transport Activist and Former Board Member of the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
COVID-19: '7 Nasihat' Siti Nurhaliza kepada peminat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Pelantun lagu 'Anta Permana' itu menggunakan tajuk single terbaharu beliau "7 Nasihat" sebagai memberikan panduan kepada pengikutnya.
"Terima kasih semua" - Siti Nurhaliza terharu pengikut di Instagram berjumlah tujuh juta orang
Kekal sebagai artis paling berpengaruh di Malaysia.
Siti Nurhaliza teruja untuk beraksi di Adelaide
Undangan mengadakan konsert di Adelaide, Australia dianggap satu penghormatan buat Siti Nuhaliza.
Siti Nurhaliza tamatkan kayuhan 72km, di tempat ke-22
Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mencuri tumpuan ramai apabila turut menyertai program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, pagi ini.
Siti Nurhaliza, Sitizoners dan zon selesa
Mantera apakah yang telah dijampi hingga membuatkan 10,000 peminat seolah terpukau disihir vokal emas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza?
Siti Nurhaliza ulangi magis dua dekad
Konsert jelajah pada malam itu boleh disifatkan sebagai retrospektif lebih dua dekad penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.
"Tolong jangan tertipu!" - nasihat Siti Nurhaliza buat peminat
Peminat kongsi pengalaman mereka bahawa telah memasukkan wang untuk membeli tiket tersebut dan kemudian baru menyedari diri ditipu.
Jelajah Siti Nurhaliza on Tour bermula di Jakarta
Kira-kira 3,000 peminat dari dalam dan luar republik itu tidak ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Siti Nurhaliza on Tour di Istora Senayan Jakarta.
Video air mata: Pesakit polio sebak bertemu Siti Nurhaliza
Selama ini, Khusnul Khotimoh hanya mampu mendengar suara penyanyi pujaannya sahaja.
Siti Aafiyah satu tanggungjawab buat Siti Nurhaliza
11 Januari 1979 merupakan satu tarikh keramat buat seorang individu yang begitu diminati oleh setiap lapisan umur dan juga masyarakat Malaysia