Juara Gegar Vaganza 2 (GV2), Siti Nordiana tidak malu mengaku dirinya seorang penyanyi kampung malah bangga dengan status tersebut.
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu memberitahu dia bangga dengan status tersebut kerana menerusi gelaran itulah dia berada di industri hiburan tanah air.
“Alhamdulillah, saya sebenarnya berbangga kerana daripada penyanyi kampung itulah saya masih dikenali sehigga sekarang.
“Dengan lagu-lagu yang meleleh-leleh dan tangkap lentok itulah peminat mula mengenali saya. Menerusi GV2 saya kumpul peminat-peminat baru pula dan bertambah ramai sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya, untuk mengekalkan momentum selepas bergelar juara GV2 bukan perkara mudah kerana perlu bekerja keras untuk memastikan dia terus relevan di dalam industri muzik tempatan.
“Setiap minggu dalam GV2 saya tertekan kerana peminat meletakkan harapan tinggi dan mereka mahu melihat saya bergelar juara.
“Bagaimanapun, saya tidak pernah meletakkan diri saya di kedudukan yang selesa, malah berazam mahu memberikan persembahan terbaik setiap minggu,” ujarnya yang ditemui selepas tamat konsert akhir GV2, baru-baru ini.
Dalam pada itu penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Cinta Hanya Sandaran ini menambah, akan mengekalkan lagu-lagu bergenre balada sekiranya mempunyai album baru selepas ini.
“Saya tidak boleh terlalu urban kerana itu bukan diri saya. Mesti kena ada ‘Leman’ juga dalam lagu-lagu saya,” katanya yang digelar ‘Leman’ oleh juri GV2, Datuk Ramli MS. - Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Gempak
Wed Dec 16 2015
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu memberitahu dia bangga dengan status tersebut kerana menerusi gelaran itulah dia berada di industri hiburan tanah air. - Gambar Astro GEMPAK
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
'Adakah saya akan terus hidup?' - Anak dijangkiti Influenza A, Farah Asyikin kongsi momen syahdu
Bintang Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Farah Asyikin berkongsi momen menyentuh hati ketika sedang menjaga anaknya, Ebrahim Owais yang kini sedang sakit di hospital.
Ezad Lazim akui perjalanan seni terganggu gara-gara sakit ...
Bekas bintang Gegar Vaganza 2 (GV 2), Ezad Lazim mengakui perjalanan seninya sedikit terganggu selepas mengalami penyakit Gastroesophageal Reflux (Gerd) sejak beberapa tahun lalu.
"Biar kuali buruk, jangan hati busuk" - Faradhiya
Bekas bintang GegarVaganza 2 (GV 2), Faradhiya akui rimas dengan netizen yang sering memperbesarkan hal remeh temeh.
'Kau memang jahat, suami tak guna,' - Ezlynn amuk suami
Bekas bintang Gegar Vaganza 2, Ezlynn meluahkan rasa tidak puas hati terhadap suaminya menerusi sebuah entri di laman sosial Instagram (IG), tengah malam semalam.
Siti Nordiana tak malu digelar penyanyi kampung
Juara Gegar Vaganza 2 (GV2), Siti Nordiana tidak malu mengaku dirinya seorang penyanyi kampung, malah bangga dengan status tersebut.
#FinalGegarVaganza: Apa yang boleh dijangkakan malam ini?
Antara Siti Nordiana, Farahdhiya, Ezad, Acong, Haiza dan Nassier Wahab; siapa bakal juara?
Gegar Vaganza 2: Selepas Mengapa, Siti Nordiana Semakin Popular
Populariti peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), Siti Nordiana semakin meningkat selepas persembahannya pada konsert Separuh Akhir pada Ahad lepas.
Gegar Vaganza 2: Azian tersingkir, enam peserta ke konsert akhir
Enam peserta mara ke final Gegar Vaganza 2 (GV2) selepas Azian Mazwan Sapuwan tersingkir pada konsert separuh akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada malam Ahad.
Gegar Vaganza 2: Vida tak menyesal guna kuasa imuniti pada Acong
Pengasas produk kecantikan Vida Beauty itu berkata dia tidak menyesal memilih Acong kerana potensi yang ada pada vokalis Sweetchild itu.
'Gegar Vaganza 2': Suara tak keluar, bagaimana nasib Farahdhiya esok?
Penyanyi Farahdhiya meminta peminat 'Gegar Vaganza 2' mendoakan kesihatannya supaya boleh membuat persembahan pada konsert ketujuh minggu ini.