BEKAS bintang Gegar Vaganza 2, Ezlynn meluahkan rasa tidak puas hati terhadap suaminya menerusi sebuah entri di laman sosial Instagram (IG), tengah malam semalam.

Ezlynn telah memuat naik beberapa keping foto kediamannya yang mengalami kerosakan teruk dengan kapsyen berang terhadap lelaki tersebut.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu turut menyatakan rasa tidak puas hati dan mendakwa lelaki tersebut ‘mencuri’ semua wang dan beberapa barang miliknya.

Pada ruangan kapsyen, Ezlynn menulis:

“I came home to this? What the hell is this..My home no gate anymore..What the hell happened to the gate!! Barang hilang lagi.. kena rompak? Aku kerja hari-hari penat cari duit kau amik semua duit aku!! Now barang-barang semua kau amik, kau rosakkan rumah..Kau buat hutang aku tanggung semua..Aku diam kau naik kepala..Kau memang jahat!!Suami tak guna, kawan tak guna, manager tak guna.. Menyesal aku kenal kau seumur hidup aku..Hutang tak mau bayar asyik bercuti je..Kerja tak mau..Ya Allah kau perdengarkanlah hati aku ini ya Allah..Dengarkan doaku ya Allah...Tidak ku halalkan setitik pun keringat aku, sesen pun duit aku yang kau amik..Kau adalah manusia yang paling jahat yang pernah aku kenal..”



Pada ruangan komen, rata-rata peminat berkongsi rasa simpati dengan nasib Ezlynn dan menasihatkannya supaya membuat laporan polis.

Ada juga peminat yang mendoakan penyanyi itu tabah dengan dugaan yang menimpa.

Entri Ezlynn turut menarik perhatian rakan seperjuangannya ketika di Gegar Vaganza 2, Farahdhiya.