BINTANG Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Farah Asyikin berkongsi momen menyentuh hati ketika sedang menjaga anaknya, Ebrahim Owais yang kini sedang sakit di hospital.
Kata Farah, Owais, 4, berdepan kesukaran untuk bernafas disebabkan masalah paru-paru yang dihadapinya sebelum ini.
"Dia tanya saya, 'adakah saya akan terus hidup?', terkejut dengan soalan ini, hati saya remuk.
"Saya terus berbaring di sebelahnya, tak sempat nak lari menangis. Sebak, saya berkata padanya 'jangan cakap begitu, kamu akan okey, kamu akan hidup dan buat bermacam-macam perkara hebat dalam hidup'.
"Kemudian dia pegang tangan saya dan minta saya jangan menangis lagi.
"Adoilah, memang emotional lagi. Kadang-kadang dia terus bertanya apa yang tak kena dengan dirinya.
"Saya sebagai seorang ibu apabila anak bertanyakan soalan dramatik begini, pasti akan beremosi. Itu semua soalan merobek jiwa okey," tulisnya di Instagram.
Menerusi kemas kini terbaharu, Owais disahkan doktor telah dijangkiti Influenza A selepas tiga kali menjalani sesi diagnosis.
"Alhamdulillah, selepas tiga kali ujian, Owais disahkan dijangkiti Influenza A.
"Kenapa Alhamdulillah? Sebab ianya boleh disembuhkan walaupun ia sangat berisiko tinggi untuk berjangkit.
"Owais menghidap bronkitis dan pneumonia sebelum ini, saya sangat bimbangkan kesihatan paru-parunya.
"Apabila keputusan keluar semalam, saya sudah boleh tidur lena," tambah Farah.
Anak tunggal Farah itu telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sejak lima hari lalu.
Kami mendoakan agar Owais segera sembuh dan kembali ceria!
Gempak
Thu Nov 22 2018

"Dia tanya saya, 'adakah saya akan terus hidup?', terkejut dengan soalan ini, hati saya remuk. - Foto Astro GEMPAK

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

'Adakah saya akan terus hidup?' - Anak dijangkiti Influenza A, Farah Asyikin kongsi momen syahdu
Bintang Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Farah Asyikin berkongsi momen menyentuh hati ketika sedang menjaga anaknya, Ebrahim Owais yang kini sedang sakit di hospital.

Dihempap motosikal suami seberat 300 kg, Farah Asyikin cedera!
Penyanyi Farah Asyikin mengalami kecederaan di kaki kirinya selepas dihempap oleh motosikal berkuasa tinggi seberat 300 kilogram (kg) milik suaminya

"Without thinking, I brought him straight to hospital" - Farah Asyikin bantu mangsa kemalangan
Bintang Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) Farah Asyikin berkongsi detik-detik cemas membantu mangsa kemalangan jalan raya di Shah Alam baru-baru ini.

Awi Rafael, Farah Asyikin sertai Gema Gegar Vaganza musim kedua
Gema Gegar Vaganza kini kembali buat musim kedua menampilkan 11 peserta dengan penyertaan enam peserta berkumpulan dan lima peserta solo.

Ieda Moin, Farah Asyikin antara kes cerai di mahkamah hari ini
Empat kes penceraian dan masalah rumah tangga artis memenuhi Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.