Empat kes penceraian dan masalah rumah tangga artis memenuhi Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Menurut laporan MStar, artis yang dilihat berada di mahkamah tersebut adalah Ieda Moin (perceraian, Fadilah Mansor dan Mat London (pengesahan nikah dan cerai), Syura (pengesahan rujuk dan Rozana Misbun (pengesahan nikah dengan Awie).

Penyanyi dan pelakon, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35 sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohamad Naquib Idris.

Lafaz dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed HIzwan Mohamed Nor.

Pasangan tersebut berkahwin pada 4 November 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia enam tahun.


ieda moin
Penyanyi dan pelakon, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35 sah bercerai talak satu - Foto Instagram

Mstar melaporkan, Hakim mengarahkan pasangan tersebut memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah selepas Ieda tdak bersetuju dengan jumlah nafkah anak RM800 sebulan yang mahu dibayar Mohd Naquib.

Manakala di Dewan 2 mahkamah, Hakim Syarie, Ab Malek Awang telah mengesahkan lafaz cerai yang dilakukan oleh penerbit dan pengarah Mat London terhadap dramatis Fadilah Mansor pada 28 September 2012 adalah sah.

Ab Malek turut mengesahkan pernikahan pasangan berkenaan di Narathiwat Thailand pada 18 Oktober 1989 adalah sah mengikut hukum syarak yang ditetapkan.

fadilah mansor
Fadilah Mansor dilaporkan bakal bernikah dengan Datuk A Rahman Hassan pada 25 Disember ini - Foto Facebook

Fadilah dan Mat London atau nama sebenarnya Ahmad Ibrahim telah dikurniakan dua anak.

Fadilah dilaporkan bakal bernikah dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan pada 25 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Di dewan yang lain pula, Hakim Mohd Amran Mat Zain mengarahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Yusoff Abu Bakar dipanggil memberi keterangan pada 6 Januari depan berhubung pengesahan surat nikah penyanyi Awie dan isterinya, Rozana Misbun.

Menurut Hakim, kes berkenaan akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung isu berhubung hak penjagaan anak yang difailkan oleh Awie.


Awie
Awie selaku plaintif tidak hadir ke mahkamah - Foto Bernama

Rozana turut memberitahu bahawa pihaknya menukar peguam syarie yang mewakilinya dalam kes tersebut iaitu Nor Azmi Mohd Arif.

Awie selaku plaintif tidak hadir ke mahkamah.

Dalam pada itu, nama penyanyi Farah Asyikin dan suaminya, Zaahier Stanley turut dilihat berada di papan kenyataan berhubung permohonan perceraian mereka.

Bagaimanapun Farah dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula.

Farah Asyikin
Kes penceraian Farah Asyikin ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula - Foto Facebook

Pasangan berkenaan telah berkahwin pada 15 Februari 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sepanjang perkahwinan mereka.

Sementara itu, suami kepada penyanyi, Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin pada Khamis telah membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat secara lisan pada 10 November lalu.


Syura
Syura sah bercerai September lalu - Foto Facebook

Namun kes tersebut ditangguhkan selepas Syura, 28, gagal menghadirkan diri danHakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari untuk sebutan semula kes.

Mohd Fadhly turut berkata kepada Mstar bahawa mereka sah bercerai pada September lalu.