BEKAS bintang GegarVaganza 2 (GV2), Faradhiya akui rimas dengan netizen yang sering memperbesarkan hal remeh temeh.

Menurut Faradhiya, dia hairan apabila kuali buruk kegemarannya yang digunakan untuk memasak juga turut menjadi ‘target’ netizen.

Perkara tersebut dikongsi Faradhiya menerusi entri di akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.

“Muka bila tahu orang ada masalah dengan ‘kuali’, senyum dan teruskan memasak. Biar kuali buruk, jangan hati busuk dan buruk.

“Kuali pun jadi isu, pelik betul manusia zaman sekarang. Buat pengetahun yang tidak puas hati dengan kuali kegemaran saya, saya banyak lagi kuali tapi itu yang paling saya suka.

"Kuali tetap kuali, tak kira walau macam mana bentuk sekalipun. Hentikan benci dengan benda bukan-bukan. Selamat pagi semua,”
tulisnya

That face u make when u know people have problems with your ‘Kuali’, smile and keep on cooking