Dengan jumlah tontonan kira-kira 7 juta pada musim pertama, Astro Gempak dengan kerjasama Wayang Works Sdn Bhd, kembali mempersembahkan siri original 3 Gadis Manis untuk musim kedua.
Mengekalkan konsep penceritaan serupa, musim terbaharu ini akan mengetengahkan kisah yang berbeza namun masih mengekalkan genre komedi santai.
"Tiga Gadis Manis memaparkan kisah tentang persahabatan, itulah temanya pada musim pertama. Dan ia masih menjadi tema untuk musim kedua ini.
"Tetapi untuk musim kedua ini, penonton juga akan didedahkan dengan aspek kekuatan wanita, sayangkan diri sendiri dan keyakinan," kata Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Gempak, dalam sidang media di ibu negara, pada Isnin.
Musim kedua ini dibintangi pelakon-pelakon popular masa kini, antaranya Hannah Delisha, Yaya Zahir, dan Aedy Ashraf, di samping menampilkan pelakon baru yang sebelum ini dikenali menerusi iklan 'Dugaan Raya Aida', Dee Alhadi.
Aktif membintangi iklan komersial, Dee mengakui pengalaman cukup berbeza namun menyeronokkan apabila pertama ke set penggambaran drama.
"Ini kali pertama saya membintangi drama, sebelum ini saya cuma buat komersial sahaja. Satu penghormatan apabila diberi peluang bergandingan bersama pelakon-pelakon yang sudah ada nama, dan disiarkan pula di platform digital yang mempunyai ramai pengikut," katanya yang mula menjadi perhatian selepas membintangi iklan Hari Raya terbitan Tenaga Nasional Berhad itu.
Diarahkan oleh Junad M.Nor dibantu oleh Nadirah Zakariya, 3 Gadis Manis akan bersiaran sebanyak tujuh episod menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 April ini.
Madiha Abdullah
Mon Apr 02 2018

Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Astro Gempak, Raja Jastina Raja Arshad bersama para pelakon 3 Gadis Manis musim kedua.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bintang iklan 'Dugaan Raya Aida' antara pelakon '3 Gadis Manis' musim terbaharu
Mengekalkan konsep penceritaan serupa, musim terbaharu ini akan mengetengahkan kisah yang berbeza namun masih dalam genre komedi santai.