Irma berkata, apa yang berlaku antara mereka berdua terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
“Saya mohon maaf. Kalau mengenai hal rumah tangga saya tidak dapat memberikan sebarang komen. Saya lebih selesa sesetengah hal tidak diceritakan secara umum.
"Penting untuk menjaga dan menghormati privasi daripada berkata-kata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kesan negatif,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga memohon ramai agar mendoakan dan percaya setiap yang berlaku adalah susunan daripada-Nya.
“Kena yakin setiap perkara yang berlaku adalah atas susunan Allah yang Muqtadir.
“Saya mohon doa daripada setiap yang membaca moga Tuhan menjaga kita dan keluarga dengan sebaik-baik penjagaan-NYA dan terus memberi petunjuk, hidayah untuk setiap perjalanan hari kita,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Irma menjadi bualan ramai susulan satu perkongsian di Instagram miliknya yang seakan-akan memberi bayangan berkaitan isu rumah tangga.
Dalam perkongsian itu, Irma memuat naik pesanan kepada seorang suami mengingatkan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri dalam sesebuah perkahwinan.
Hasil tinjauan, bintang berusia 41 tahun itu juga sudah lama tidak berkongsi foto bersama suami di media sosial.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012. -Media Hiburan