Itulah doa dan harapan Irma Hasmie pada coretan di Instagram untuk dua orang cahaya matanya.
"Doa selalu jadi anak soleh. Nakal tu Mommy faham, tapi jauhkan sifat degil. nauzubillah, tak mahu perkara negatif," tulis Irma buat puteranya, Irfhan.
"Niat untuk Irfhan faham Al-Quran, ada rezeki tahfiz, Insya-Allah boleh usaha.
"Ini sorang lagi. Doa lagi banyak-banyak, minta sangat Allah jaga setiap saat umur dia meningkat," sambung Irma di entri gambar puterinya, Naylie.
Irma juga turut mendoakan semua ibu dan ayah yang melihat Instagramnya supaya menjadi kuat melaksanakan tanggungjawab.
"Tanggungjawab mendidik Setiap anugerah zuriat kurniaan Allah pada kami ini sebaiknya dan tidak lari dari Al-Quran dan Sunnah," tulis Irma.
Irma Hasmie berkahwin dengan Redza Syah Azmeer pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Redza Syah Irfhan serta Irma Nur Naylie.