Menerusi akaun Instagram, Hanis memberitahu percutian romantik itu dirancang selepas dia berasakan sudah lama tidak bercuti bersama Hairul, lebih-lebih lagi suaminya sibuk dengan latihan untuk filem terbaharu.
Ia bermula selepas dia berkongsi gambar-gambar percutian kepada Hairul yang ketika itu sedang menjalani latihan untuk sebuah filem.
Bagaimanapun menurutnya Maldives tidak termasuk dalam senarai destinasi percutian mereka, sehinggalah Hanis terjumpa mengenai resort yang mereka diami itu.
Sehari sebelum perjalanan, Hanis memberitahu tiba-tiba dia terfikir alangkah seronok jika satu-satu anaknya, Yusuf ikut sekali. Hairul pula kemudian menyokong isterinya untuk membawa anaknya bersama.
Bimbang teringat-ingatkan anaknya nanti bila di sana, mereka pun bersetuju membawa Yusuf memandangkan puteranya itu sukakan laut.
Mereka pun gembira apabila ia akhirnya menjadi keputusan terbaik dan percutian mereka lebih bermakna bila membawa Yusuf bersama.