Seni berperanan penting dalam pembinaan negara bangsa.
Bagi memastikan seni diletakkan di tempat sewajarnya , reformasi seni diperlukan.
Ini kerana penghayatan dan penghargaan terhadap seni hanya boleh diperolehi jika pendidikan seni dimulakan sejak awal.
Pengasas bersama KLPAC, Datuk Faridah Merican berkata seni sebagai satu pendidikan perlu dilihat dari perspektif lain.
“Seni bukan lah sekadar sebuah mata pelajaran tetapi ia sebuah ilmu yang mampu menyuburkan jiwa seseorang” beliau berkata.
Katanya juga, jika pendidikan seni diberikan ketika pelajar berada di peringkat menengah ia tidak akan mencapai matlamat warga yang tahu menghayati seni.
“Kanak-kanak dan para pelajar patut diajar bermula dari tadika, matlamat kita tidak akan tercapai jika ajaran seni diberi hanya bermula dari sekolah menengah” kata beliau.
Kerana tidak mempunyai penghayatan seni yang tinggi, pentas seni seperti KLPAC berdepan masalah untuk menampung kos operasi tahunan.
Jelas Faridah, KLPAC memerlukan dana untuk menampung kos operasi sebanyak tiga juta ringgit setahun.
Untuk memastikan dana diperolehi, KLPAC akan menganjurkan Majlis Gala Perdana di pentas satu pada 22 dan 23 Disember 2012.