Ikon teater tanah air, Datuk Faridah Merican kembali ke kerusi pengarah bagi pementasan karya William Shakespeare, Hamlet, di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), minggu ini.
Menurut Faridah, ia merupakan pementasan ke-4 beliau dan Hamlet versi Bahasa Melayu kali ini menampilkan barisan pelakon mantap diiringi gubahan muzik yang dicipta khas serta pelbagai mesej serta pengajaran yang boleh dibawa pulang penonton.
Bersempena sambutan Festival Shakespeare 400 oleh KLPAC, Faridah memilih untuk mengarahkan karya Hamlet kerana minatnya yang mendalam terhadap cerita yang berbentuk tragedi.
"Saya rasa ia sangat menarik. Saya juga berpendapat Shakespeare telah menghasilkan karya yang sangat baik.
"Watak Hamlet memiliki pelbagai ragma. Dia bukan sahaja ada satu sifat seperti watak dalam karya Shakespeare yang lain contohnya Midsummer Nights' Dream," kata Faridah selepas Malam Pembukaan Teater 'Hamlet' di Sentul pada Khamis
Teater ini mengisahkan pergelutan seorang putera yang dirasuk rasa dendam yang mendalam atas kematian bapanya.
Pada masa sama, ibunya pula mengahwini bapa saudaranya sebelum pengebumian bapanya disempurnakan.
"Saya sangat tertarik dengan jalan cerita Hamlet. Ia bukan sahaja sebuah tragedi, tetapi juga memiliki unsur cinta, cemburu dan kegilaan.
"Terdapat pelbagai mesej tentang bagaimana kita boleh hilang segala-galanya jika kita tidak mampu mengurus atau kita terlalu mentah sehingga terpengaruh dengan keadaan sekeliling," kata Faridah.
Tambahnya, beliau amat bertuah kerana memiliki bakat-bakat dari pelakon, pemuzik termasuk penata cahaya dan pereka set yang mampu menyampaikan apa yang dibayangkan.
"Saya suka karya yang membuat anda berfikir, merasa dan menangis.
"Saya mahu usahakan karya yang saya minat kerana mahu berkongsi dengan penonton dan juga pelakon," kata Faridah.
Walaupun kisah Hamlet ini sudah berusia lebih 400 tahun, Faridah berpendapat, mesej dan pengajaran dalam semua karya William Shakespeare masih kekal relevan kerana ia banyak menyentuh isu perjuangan untuk negara, isu keluarga dan perhubungan.
Pementasan Hamlet, hasil adaptasi Ahmad Yatim ini berlangsung antara 4 hingga 7 Ogos di Pentas Seni KL atau KLPAC.
Ia menampilkan pelakon, Ali Alasri, Tria Aziz, Hana Nadira, Omar Ali dan Arief Hamizan.
Dania Zainuddin
Sun Aug 07 2016
Faridah memilih untuk mengarahkan karya Hamlet kerana minatnya yang mendalam terhadap cerita yang berbentuk tragedi. - Facebook photo
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Faridah Merican, A. Samad Said antara tujuh pemenang Anugerah Merdeka 2024
Tujuh individu terbilang diangkat sebagai penerima pengiktirafan berprestij Anugerah Merdeka 2024 atas sumbangan luar biasa kepada negara serta peranan mereka dalam memupuk budaya keunggulan Malaysia.
Seni persembahan tidak terkubur
Datuk Faridah Merican berkongsi pandangan tentang keadaan seni persembahan di Malaysia.
Hamlet versi Bahasa Melayu ke pentas teater KLPAC
Hamlet versi Bahasa Melayu kali ini menampilkan barisan pelakon mantap diiringi gubahan muzik yang dicipta khas serta pelbagai mesej serta pengajaran yang boleh dibawa pulang penonton.
Jangan bunuh KLPAC!
Tidak ramai orang yang tahu bahawa Kuala Lumpur Performing Arts Centre tidak lagi ada dana yang cukup untuk menampung aktiviti keseniannya.
Seni dalam pembinaan negara bangsa (video)
Pengasas bersama KLPAC, Datuk Faridah Merican berkata seni sebagai satu pendidikan perlu dilihat dari perspektif lain.