KUALA LUMPUR: Sebaik menerima khabar pelantikan ayahnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan, penyanyi terkenal, Dafi memanjat kesyukuran kepada Allah.
Bagi Dafi, rezeki yang tertulis buat bapanya dipilih sebagai Perdana Menteri merupakan anugerah tertinggi daripada Yang Maha Esa berkat dedikasi dan kerja kerasnya selama ini.
“Saya terlalu gembira buat Papa. Kerja kerasnya serta disiplinnya akhirnya memberikan hasil. Ini semua kejayaan peribadi Papa, saya dan adik-beradik lain serta ibu hanyalah sistem sokongan buatnya.
“Papa tidak akan menjadi Perdana Menteri kalau bukan kerana komitmen luar biasanya pada negara. Saya amat yakin Allah hadirkan rezeki ini buat Papa kerana Papa mampu untuk memikul amanah rakyat,” kata bintang kelahiran program realiti, Akademi Fantasi itu kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
[LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9
BACA: Ismail Sabri PM ke-9: Ketepi agenda politik, bersatu hati tangani pandemik COVID-19 - Agong
BACA: "Selamat jalankan amanah, negara perlukan kestabilan" - Hishammuddin
Dilantik sebagai pentadbir urusan negara dan rakyat, Ismail Sabri disifatkan Dafi adalah sumber inspirasi buat mereka sekeluarga.
Kata Dafi, ayahnya tidak pernah mengeluh sekalipun sering pulang lewat ke rumah kerana terikat dengan kerja.
Bahkan, ketika mengendalikan krisis kesihatan semasa pandemik COVID-19 juga, ayahnya, jelas Dafi, sangat tenang melaluinya sekalipun dalam masa sama terlalu banyak tekanan yang diterima.
“Saya mengagumi tahap kesabaran Papa. Saya fikir, Papa berhak mendapat apa yang diperolehnya sekarang kerana dedikasinya.
“Doa saya semoga Allah permudahkan kerja Papa mentadbir negara. Kami keluarganya menyedari Papa mengambil alih negara dalam suasana penuh gelora.
“Namun, berkat pengalaman Papa, saya amat yakin Papa akan dapat mengharungi segala cabaran dan rintangan,” jelas penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Bila Terasa Rindu itu lagi.
Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.
Astro Awani
Fri Aug 20 2021

Datuk Seri Ismail Sabri disifatkan Dafi sebagai sumber inspirasi buat mereka sekeluarga. - Gambar Instagram DAFI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tampil kurus, Dafi nafi buat pembedahan bariatrik
Tampil dengan tubuh yang semakin kurus, pelakon dan penyanyi Dafi menafikan dirinya membuat pembedahan bariatrik atau potong usus.

"Semoga Allah permudahkan kerja Papa tadbir negara" - Doa Dafi buat ayahnya
Bagi Dafi, rezeki yang tertulis buat bapanya dipilih sebagai Perdana Menteri merupakan anugerah tertinggi daripada Yang Maha Esa.

Setelah buat warga KL cemas, 'Dafi' akhirnya berjaya diselamatkan
Dafi diselamatkan seorang lelaki dikenali sebagai "Mr Siva" selepas dirakam berlari di jalan utama berhampiran sebuah Stesen MRT di Cheras.

Jovian Mandagie bergelar bapa, Nina Ismail Sabri selamat lahir bayi perempuan
Isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi.

Dafi muncul dengan album terbaru
Pasaran album melayu yang semakin lembab tidak menghalang bekas peserta Akedemi Fantasia, Dafi, untuk muncul dengan produk terbaru.