KUALA LUMPUR: Penyanyi Wani Kayrie memaklumkan berjaya menyelesaikan proses rakaman lagu single terbaharunya berjudul, Fajar dalam masa sehari sahaja.
Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah mengaku amat selesa dapat bekerja dengan komposer terkenal Audi Mok yang pernah menghasilkan lagu ‘Aku Suka Kamu’.
“Proses rakaman hanya memakan masa selama sehari sahaja, senang bekerja dengan Audi Mok kerana beliau pernah menulis lagu untuk saya sewaktu berumur 17 tahun.
“Dia tahu akan kebolehan vokal saya, dan mudah untuk kami mengembangkan idea semasa rakaman single ini.
“Banyak juga yang saya belajar dengan komposer lain antaranya Shazee Ishak yang memberi idea 'ad lib' (penambahan), penambahbaikan lagu dan selalu berpesan untuk menyanyi dengan 'hati yang ikhlas' kerana baharulah mesej yang cuba disampaikan lebih terkesan, dan tidak bergantung hanya pada nyanyian teknikal sahaja," kongsi Wani dalam satu sebuah kenyataan.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini memaklumkan muzik video Fajar juga mengangkat kisah tiga individu berbeza sedang bergelut dengan masalah tersendiri.
“Ibarat mengimbau masa silam, tiga kisah yang berbeza dengan individu yang berbeza perlu membuat pilihan sama ada ingin terus menyalahkan diri sendiri atas kekhilafan atau pasrah menerima setiap takdir yang tertulis dengan redha,” jelasnya.
Dalam masa sama, gadis berasal dari Sandakan, Sabah yang kini dalam proses persediaan menjalani latihan praktikal bagi menyempurnakan semester akhir jurusan Undang-Undang selama enam bulan berharap single Fajar diterima baik para pendengar.
“Saya berharap agar setiap pendengar dapat menerima lagu ini dengan hati yang terbuka dan selamilah setiap bait-bait liriknya yang membawa ‘seribu satu’ makna dalam kehidupan kita semua kerana ada pengajarannya di situ,” akhirinya.
Faida Rahim
Mon Mar 06 2023

Penyanyi berusia 23 tahun ini memaklumkan muzik video Fajar juga mengangkat kisah tiga individu berbeza sedang bergelut dengan masalah tersendiri.- Foto Rocketfuel

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Selesa dengan Audi Mok, Wani Kayrie rakam single 'Fajar' dalam masa 24 jam
Penyanyi muda Wani Kayrie memaklumkan berjaya menyelesaikan proses rakaman single baharu berjudul, Fajar dalam masa sehari sahaja.

"Gila tujuh subjek satu semester.."- Cemerlang! Wani Kayrie raih Anugerah Dekan
Wani Kayrie mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh Anugerah Dekan di dalam peperiksaan semester di sebuah pusat pengajian swasta.

'Saya tukar nama sebab ...' - Wani Selamat ubah nama Wani Syaz
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Pendusta Cinta, Nur Syazwani Selamat, 23, selesa menggunakan panggilan pentas baharunya, Wani Syaz.

Big Stage Unplugged bakal tiba!
Ha, tidak lama lagi anda bakal menyaksikan Big Stage Unplugged yang dikuasakan oleh Hotlink RED.

Wani Kayrie bakal berentap di Liga Dangdut Asia
Penyanyi remaja dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie, 18 berkongsi persediaannya untuk menyertai program Liga Dangdut Asia di Indonesia pada bulan hadapan.

Kedudukan peserta beserta markah Konsert Akhir Big Stage
Konsert akhir program realiti Big Stage telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditotrium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.
.jpg)
Big Stage: "Afieq Shazwan ada kelebihan sebab ....." - Tajul
Bintang rancangan realiti Big Stage, Tajul mengakui risau dengan kelebihan yang ada pada penyanyi Afieq Shazwan.