Penyanyi Misha Omar menegaskan, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan seperjuangan, Siti Sarah Raisuddin ekoran tercetus isu ada individu yang menabur fitnah dan menuduh dirinya menggunakan ilmu hitam untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).
Menurut Misha, walaupun individu yang tampil memohon maaf itu adalah daripada wakil kelab peminat Siti Sarah, namun hubungan mereka tiada apa-apa masalah.
"Sebenarnya isu ini melibatkan individu itu sendiri dan ia tidak melibatkan sebarang persatuan yang dia wakili.
"Mereka sendiri mengakui komen yang dimuat naik tidak mewakili mana-mana orang atau kelab peminat sebaliknya adalah membabitkan diri mereka sendiri.
"Buat apa saya nak ada masalah dengan Sarah bukan dia yang buat masalah tapi individu itu sendiri.
"Kami tetap berkawan malah bakal menjayakan Konsert Soul Sisters pada awal April depan.
"Mungkin isu ini akan jadi benda yang kami ketawa dan bualkan bersama serta saya berharap agar hubungan baik kami akan terus kekal selamanya," katanya kepada Gempak.
Dua individu yang didakwa membuat tuduhan Misha menggunakan ilmu bagaimanapun, sudah tampil memohon maaf kepada penyanyi lagu Sampai Bila itu.
Kedua-dua individu berkenaan ialah Ahmad Azhar Azizi dan Fairuz Azwan.
Sebelum ini, Misha membuat laporan polis terhadap sesetengah individu yang menaburkan fitnah dan menuduh dia menggunakan ilmu hitam untuk memenangi AJL 33 baru-baru ini.
Gempak
Fri Feb 22 2019
KATA Misha Omar, hubungannya dengan Siti Sarah sangat baik.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
‘Hasrat’ Amir Jahari tercapai, lagu Hasrat dinobat juara AJL38
Lagu Hasrat menewaskan 11 lagu yang lain dengan lagu Sutera dendangan penyanyi baharu, Aisha Retno bergelar Naib Juara.
"Saya tiada masalah dengan Siti Sarah" - Misha Omar
Tak baik libatkan Siti Sarah...
Agak menjerit bawa lagu 'Semakin', akhirnya Siti Sarah buka mulut
Sarah sedar jangkaan tinggi penonton khususnya peminat yang mengharapkan dia membawa pulang trofi Vokal Terbaik.
Ernie besar hati dipilih Siti Nurhaliza nyanyi Anta Permana di AJL
Confirm kebabom!!!
Jampi Hael Husaini menjadi, bolot trofi juarai AJL32
Lagu yang memukau tersebut membawa pulang trofi bertatahkan permata Swarovski sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini, baucar CJ WOW Shop bernilai RM10,000 dan wang tunai RM50,000.
Perubahan fesyen: Saya hanya mengikut tema - Wany Hasrita
Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27, bertanding menerusi lagu Menahan Rindu di pentas AJL 32 yang bertemakan Fesyen dan Muzik.
Trending di Twitter, Drama Band disangka One Direction
Melucukan apabila ramai pengguna media sosial menyangkakan 'drama band' adalah berkaitan kumpulan pop antarabangsa, One Direction.
Akim and The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30
Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim and The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30.
2013: Berita hangat hiburan tempatan
Detik-detik menarik yang mewarnai pahit manis dunia hiburan sepanjang tahun 2013.
2013: 10 personaliti/perkara paling berpengaruh dunia hiburan
Senarai 10 personaliti atau perkara paling berpengaruh untuk dunia hiburan sepanjang tahun 2013.