Bimbang tidak bersedia untuk mengadap Yang Maha Esa menjadi pendorong utama Datuk Rizalman Ibrahim membuat keputusan bersara sebagai pereka fesyen.
Menurut ikon fesyen tanah air itu, ketika masih mempunyai kudrat dan diberi peluang untuk bernafas, beliau mahu melakukan persediaan yang secukupnya sebagai bekalan di hari kemudian.
Dalam masa sama, Rizalman, 49, berkata, berita pemergian rakan-rakan industri seni pada usia yang muda turut menjentik keinsafan pada diri beliau.
“Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.
“Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia.
Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian,” kata Rizalman dalam sidang media sejurus berakhir pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya, di sini malam ini.
Sebelum itu, beberapa minit sebelum persembahan Kesuma Jiwa melabuhkan tirai, Rizalman mengejutkan penonton dengan mengumumkan mengundurkan diri dari bidang fesyen.
Selepas tiga dekad mencurahkan khidmat dan bakti, personaliti kelahiran Pulau Pinang itu berkata, sudah sampai masanya untuk beliau menyerahkan jenama dan legasi Rizalman Ibrahim kepada pembantunya yang setia mendampinginya selama 15 tahun, Faizul Surani.
Pengumuman itu disambut dengan teriakan oleh penonton Kesuma Jiwa iaitu persembahan pertunjukan fesyen terakhir beliau.
Berangkat sama pada pementasan Kesuma Jiwa ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pementasan Kesuma Jiwa turun menampilkan artis ternama tanah air, Dayang Nurfaizah.
Saharudin Musthafa
Thu Feb 20 2020

Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan mengundurkan diri dari bidang fesyen. - Foto Astro AWANI/Saharudin Musthafa

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

"Saya takut tidak bersedia bila dijemput oleh Allah" - Rizalman umum bersara sebagai pereka fesyen
Datuk Rizalman Ibrahim mengejutkan penonton konsert Kesuma Jiwa di Istana Budaya, di sini dengan mengumumkan mengundurkan diri dari bidang fesyen.