Mereka memuji rancangan tersebut kerana ia bukan sekadar program nyanyian semata-mata, malah ia membantu peserta dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Ini antara respons penonton:



Mikrofon Impian merupakan program realiti yang diadaptasi dari Thailand iaitu Mic on debt off.
Masih lagi mengekalkan format sama di mana dua peserta akan berkongsi kisah mereka dan nyanyian mereka.
Juri akan memilih peserta terbaik untuk peluang memilih mikrofon impian mereka.
Datuk Aznil Hj Nawawi bertindak sebagai hos manakala Fauziah Latif, Azmi Caliph Busker dan Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali pula menjadi juri tetap Mikrofon Impian bagi memilih seorang pemenang pada setiap episod.
Mikrofon Impian bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.