Majlis persandingan pasangan ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni di The Tribata, Jakarta, Indonesia.
Menerusi entri di Instagram, Baim berkongsi gambar resepsi perkahwinannya dan berharap agar orang ramai dapat mendoakkanya.
Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwiannnya.
Pasangan ini telah sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz berserta mas kahwin sebanyak 11 gram emas pada 21 November lalu dalam sebuah majlis yang penuh dengan tradisi.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti lain.
Sebelum ini, Baim dan Paula telah melangsungkan majlis pertunangan pada 21 Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula sendiri.
Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut: