PERTAMA kali dalam sejarah perfileman tempatan, sebuah filem menawarkan dua pengakhiran!
Filem Misteri Dilaila memberi kuasa kepada penonton untuk memilih kesudahannya.
Kuasa ini, kata sutradaranya, Syafiq Yusof ditawarkan kerana pihaknya menyedari berlaku perdebatan dalam kalangan penonton yang telah menyaksikan filem genre misteri thriller ini.
“Hari ini secara rasminya saya umumkan kepada semua bahawa sememangnya filem ini dibuat khas dengan dua pengakhiran berbeza.
"Konsep sebegini belum pernah lagi ditampilkan di dalam industri filem Malaysia.
"Di samping itu, genre misteri thriller menjadi pilihan utama saya untuk muncul dengan konsep ini kerana ia memberi peluang untuk saya mengembangkan jalan cerita dan karakter dengan lebih dramatik dan kreatif.
"Saya juga berharap konsep ini mampu membantu filem genre misteri thriller mendapat lebih perhatian oleh penggemar filem tanah air sama seperti kelompok filem aksi dan seram," katanya.
Misteri Dilaila mula menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 21 Februari yang lalu.
Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Nam Ron dan Mas Khan juga bakal menemui penonton di Indonesia bermula 13 Mac ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kedua-dua pengakhiran filem terbitan Astro Shaw dan Skop Productions di pawagam berhampiran anda sekarang.
Ikuti perkembangan dan info terkini mengenai senarai pawagam bagi kedua-dua pengakhiran filem di Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama di sana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh sementara pada keesokan harinya pula, lelaki itu mendapati isterinya hilang.
Kesedihan Jefri terubat apabila Imam Aziz (Namron) muncul memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat.
Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. Wanita itu mengakui dirinya Dilaila.
Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya?
Gempak
Mon Feb 25 2019

MAHU tahu apa kesudahan Misteri Dilaila, pastikan anda ke pawagam.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Big Stage: Qody Rany idam berlakon dengan Rosyam Nor
Dalam hidup, kita tidak boleh selesa melakukan satu perkara sahaja kalau kita hendak berjaya.

Tak jaga makan, Zul Ariffin dedah berat badan naik mendadak hingga mencecah...
Biar betul ni?

Rupa-rupanya Misteri Dilaila ada dua kesudahan
Jangan gaduh okey!

Lee Chong Wei: Rise of the Legend sarat permainan emosi
Penulis skrip berjaya membuai penonton untuk sama-sama menyelami kesedihan, kesukaran, keperitan, kebanggaan dan kegembiraan yang dipaparkan.

Enam tahun tersimpan, akhirnya 'Balistik' difilemkan
Filem penuh aksi ini berkisarkan perjalanan hidup Saga yang bekerja sebagai pembunuh upahan.