KUALA LUMPUR:Untuk menjadi seorang anak seni yang berjaya, kita tidak boleh terlalu selesa dengan sentiasa berada pada tahap yang sama sahaja.
Ada masanya, kita perlu mencuba sesuatu yang baharu untuk mencabar diri sendiri agar menjadi lebih baik.
Lapan minggu bersaing di pentas Big Stage memberikan satu inspirasi baru buat penyanyi Qody Rany mencuba bidang lakonan.
Menurut Qody, jika diberi peluang memulakan karier lakonan, dia teringin memainkan watak yang serius atau sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).
"Saya rasa kalau saya dapat peluang tu, saya nak memainkan watak kawan kepada hero sebagai permulaan.
"Jika bagi saya watak yang serius atau OKU pun saya terima, sebab saya rasa saya boleh jayakan watak sebegitu.
"Semasa dalam Big Stage pun, macam-macam karakter saya bawa untuk persembahan saya," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26 tahun, juga menyatakan jika peluang itu datang, dia teringin berlakon bersama pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor.
Baginya, sekiranya dapat bergandingan dengan pelakon yang popular dengan watak Castello itu, ia merupakan satu peluang keemasan buat dirinya.
Selain itu, dia juga teringin untuk berada di dalam satu 'frame' bersama Shukri Yahaya dan Sharnaz Ahmad di dalam drama atau filem.
Pada masa sama, Qody yang merupakan pemenang tempat ketiga program Big Stage 2020 juga berkongsi bahawa dia baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Egois.
Lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh itu sudah berada di platform media sosial untuk distream oleh pendengar.
Qody juga berkongsi berita akan merakamkan video muzik itu di tempat kelahirannya iaitu Pulau Langkawi, Kedah.
Asyraf Roslan
Wed Oct 07 2020

Setiap persembahan Qody memerlukannya memain peranan memegang pelbagai karakter, membuatkannya ingin mencuba memasuki bidang lakonan.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Big Stage 2023: Nadeera Zaini melompat gembira Siti Nurhaliza puji skil dan suara bagus!
Bintang Big Stage, Nadeera Zaini terperanjat apabila mendapat pujian daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza usai membuat persembahan.

Format baharu! Big Stage 2023 akan lain daripada yang lain
Selepas menobatkan Elica Paujin sebagai juara tahun lepas, rancangan realiti, Big Stage yang popular dengan slogan Dominasi BBNU kembali lagi buat musim kelima.

Sherry Alhadad positif COVID-19
Memohon doa daripada peminat, Sherry berjanji akan kembali mengemudi rancangan Big Stage Ahad ini.

Big Stage 2022: Aisha Retno bersedia untuk tampil dengan sisi lain
Aisha akan bersaing bersama lagi 10 peserta lain antaranya Ajoi Zainal, Tegar, Lia Aziz, dan Daniel Chuer.

Ajoi Zainal, Aisha Retno dan 'Jerung Merah' antara peserta Big Stage musim keempat
11 peserta akan bersaing untuk merebut gelaran Juara Big Stage 2022.

Tiga tahun menjalin cinta, Azzam Sham, Sheryl Shazwanie ikat tali pertunangan
Tahniah buat Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie.

'All Together Now Malaysia' bakal ketengah bakat baharu
ATNM akan bersiaran setiap Ahad bermula 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.

Rindu terpendam, Hafiz Zainal luah melalui lagu
Setelah beberapa minggu menjalani proses rakaman, akhirnya Hafiz, 27, selamat melancarkan -baby- baharunya yang berjudul Rindu pada 6 November lalu.

Astro sediakan kandungan menarik sempena Maulidur Rasul
Sempena dengan sambutan tersebut, Astro berbesar hati mempersembahkan pelbagai pengisian menarik dari saluran Oasis, NAURA, dan Warna.