MESKIPUN tidak berjaya melangkah ke pentas akhir rancangan pertandingan Big Stage, namun ia tidak mematahkan semangat penyanyi, Hafiz Zainal untuk terus berkarya dalam industri seni suara.
Selesai sahaja pentas Big Stage itu, anak jati Johor Bahru itu memberitahu bahawa dia sudah mempersiapkan diri untu masuk ke studio rakaman bagi merakamkan single terbaharunya.
Setelah beberapa minggu menjalani proses rakaman, akhirnya Hafiz, 27, selamat melancarkan “baby” baharunya yang berjudul Rindu pada 6 November lalu.
Bagi Hafiz naskah terbaharu ini sangat dekat dengan dirinya, kerana komposer yang mencipta lagu tersebut mengolah lagu itu berdasarkan kisah hidupnya sendiri.
“Untuk dapat feel lagu ini, mereka (komposer) banyak 'korek' dan belajar mengenai diri saya, keluarga dan perjalanan hidup saya, jadi daripada situ lirik lagu itu terhasil oleh Bunga Cantik.
“Walaupun lagu ini sedikit sebanyak mengenai diri saya tetapi ia terpulang kepada peminat juga untuk menggambarkan lagu ini bagaimana. Sebab rindu ini sangat luas,” katanya.
Pada masa sama, Hafiz juga berkongsi bahawa dia sedang sibuk untuk menjalani penggambaran video lagu single terbaharunya itu.
“Sekarang tengah shooting untuk muzik video, dan semuanya sudah siap lebih kurang 70 peratus, kalau boleh kami rancang hendak keluarkan MV ini paling lewat dua minggu selepas lagu ini dilancarkan,” tambahnya.
Hafiz juga bersyukur kerana lagu Rindu itu diterima baik oleh pendengar dan juga peminat setia yang menyokongnya selama ini.
Lagu yang dicipta oleh Hang Nadim, Bunga Cantik dan Freddy ini telah mendapat lebih 40,000 pendengar dilaman YouTube sejak ia dilancarkan pada 6 November lepas.
Asyraf Roslan
Thu Nov 12 2020
Bagi Hafiz naskah terbaharu ini sangat dekat dengan dirinya, kerana komposer yang mencipta lagu tersebut mengolah lagu itu berdasarkan kisah hidupnya sendiri. - Foto Instagram@drhafizzainal
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Rindu terpendam, Hafiz Zainal luah melalui lagu
Setelah beberapa minggu menjalani proses rakaman, akhirnya Hafiz, 27, selamat melancarkan -baby- baharunya yang berjudul Rindu pada 6 November lalu.
Big Stage: Sangkaan meleset, Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal ke separuh akhir
Hafiz dan Nana berada di tangga tiga terbawah bersama seorang lagi peserta, Dinie Rashid, apabila mendapat markah terendah pada minggu tersebut.
Imbasan berita tumpuan dan insiden tular sepanjang bulan Ogos 2020
Ini antara berita yang menjadi tumpuan masyarakat sepanjang bulan Ogos.
"Saya akui saya salah" - Ajai mohon maaf kepada Hafiz Zainal
Alhamdulillah, jangan marah-marah lagi ya semua.
"People will hate me, i don't mind" - Ajai
Namun bagi penyanyi yang popular dengan lagu Keliru, itu merupakan tugasnya selaku juri tetap untuk program hiburan anjuran Astro yang sudah masuk musim ketiga.
"Kalau boleh saya nak bagi kosong" - Komen Ajai kenapa kedekut markah
Kenapa Ajai tergamak beri markah rendah pada peserta Big Stage?