Nama komposer dan penyanyi, Faizal Maas atau Ajai trending di media sosial gara-gara pemberian markah yang dilihat sebagai kedekut meskipun baru minggu pertama konsert Big Stage berlangsung.
Namun bagi penyanyi yang popular dengan lagu Keliru, tiada apa sebab untuk dia melenting kerana hakikatnya, memberi penilaian dan pengadilan yang tepat merupakan tugasnya selaku juri tetap untuk program hiburan anjuran Astro yang sudah masuk musim ketiga itu.
Sehubungan itu, Ajai menegaskan, dia tidak kisah jika ada yang membencinya kerana kehadirannya ke pentas Big Stage ialah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman selain membimbing bakat-bakat baharu.
"People will hate me, i don't mind (orang akan membenci saya, saya tidak kisah)... saya mahu semua yang menonton mendapat ilmu yang sama dalam muzik.
"Kita tidak mahu apabila orang melihat jumlah tontonan penyanyi di Malaysia, tinggi namun cara penyanyian biasa sahaja," katanya dalam sidang media Big Stage yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sejurus berakhir konsert mingguan pertama itu.
Dalam masa sama, Ajai berkata, sekalipun Big Stage merupakan program hiburan, namun masih elemen-elemen pembelajaran dalam rancangan berkenaan.
"Saya di sini (Big Stage) untuk memberi ilmu, saya sudah bekerja dengan ramai orang dan ilmu yang saya dapat itu akan saya kongsi bersama dengan generasi baharu supaya orang tahu bahawa ini (muzik) serius," katanya.
BACA : "Kalau boleh saya nak bagi kosong" - Komen Ajai kenapa kedekut markah
Sejak malam tadi, Ajai mendapat kecaman hebat oleh netizen selepas memberi markah rendah kepada peserta Hafiz Zainal yang membawakan lagu Fly Me To The Moon nyanyian asal Frank Sinatra.
Asyraf Roslan
Mon Aug 17 2020
Bagi Ajai, dia tidak kisah jika ada yang membencinya kerana kehadirannya dalam Big Stage untuk membimbing bakat-bakat baharu.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.
Ajai kongsi kemunculan terbaharu Hafiz Suip, peminat luah rasa rindu
Komposer dan penyanyi Ajai mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kemunculan terbaharu penyanyi bersuara mantap, Hafiz Suip.
Konsert Exists X Orkestra hampir lengkapkan kembara 32 tahun Exists
Bakal berlangsung pada 22 Disember ini, Exists X Orkestra akan menyaksikan kugiran ini bergabung dengan lebih 30 pemain orkestra penuh.
Nourul Wahab luah rasa seperti dipinggirkan anak, Ajai: "Sebagai bapa saya pujuk Ayu..."
Ajai sifatkan perselisihan faham antara anak dan ibu perkara biasa dan yakin boleh diselesaikan.
Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.
Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.
Big Stage 2023: "Saya rasa Aina tak suka saya" - Farhan Shah
Alamak, betul ke Aina Abdul tak suka Farhan Shah?
Big Stage 2023: "Saya minta maaf, minggu depan saya..." - Naufal Azrin
Naufal juga memohon maaf kepada peminat-peminat Isaac jika dirinya menjadi punca Isaac disingkirkan pada minggu ini.
Big Stage 2023: Komen kasar? Isaac Voo tidak berkecil hati dengan Ajai
Isaac Voo tidak berkecil hati dan mengambil kritikan sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjuangannya dalam industri muzik.
'Lagu ni ada sebelum anak saya lahir lagi' - Azmi Saat ubat rindu dengan Permataku
Azmi tampil solo dengan lagu "Permataku" yang dicipta khas oleh komposer Ajai buat cahaya mata syurganya.