DUDUK semeja dengan enam orang anggota Exists iaitu Ajai, Along, Musa, Ezad, Mamat dan Ujang usai majlis pelancaran Konsert Exists X Orkestra yang dijadual berlangsung pada 22 Disember 2023 membawa mereka mengenang kembara dan sepak terajang kumpulan tersebut.
Memasuki usia 32 tahun — dengan bergelumang dalam belantika muzik sejak remaja, menjadi terkenal lewat karya fenomena seperti Untukmu Ibu pada awal tahun 90-an sehingga kini meniti usia 40-an, Exists punya segudang cerita tentang perjuangan mereka.
Ia antaranya bukan sekadar saat dipuja tetapi juga pernah melewati fasa tiada pekerjaan yang langsung tidak membuat mereka berasa Exists berkubur.
“Kita ingat pernah tak ada show selama setahun,” kenang Along sebelum disambut Ajai: “Ya kita juga pernah pergi show naik lori sebab tak ada duit. Makan Maggi setahun pun sudah rasa.”
Sebelum disambut Musa: “Pernah kena tipu. Pernah juga balik show hanya terima tidak sampai RM50 seorang.”
Namun semua kepayahan itu tidak sesekali mematahkan semangat Exists. Lapan buah album dengan yang terakhir Paragon (2004) terisi karya-karya mantap sekali gus membuat Exists terus wujud.
Dan tidak disangka Exists pada tahun ini dihujani pelbagai tawaran persembahan sehingga ke Singapura dan Indonesia.
Menuju penghujung tahun, Exists memperkemaskan langkah apabila pertama kali bakal beraksi dalam konsert istimewa iaitu Konsert Exists X Orkestra yang dibawakan oleh Persatuan Global Malaysia.
Bakal dilaksanakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023, Exists X Orkestra akan menyaksikan kugiran ini bergabung dengan lebih 30 pemain orkestra penuh.
“Exists sendiri sangat teruja untuk melakukan konsert Exists X Orkestra kerana kami tidak pernah membuat persembahan seperti ini sebelumnya.
“Bunyian akan lebih ‘mewah’ dan ada banyak lagu yang boleh dikemas semula bersama orkestra. Apa yang pasti semua lagu yang bakal dibawakan nanti bersifat sing along,” ujar Ezad.
Meski teruja dengan projek yang belum pernah dibawakan seumpamanya sebelum ini, Exists menyimpan rahsia siapakah pengarah muzik dan orkestra yang akan berada satu panggung sekali gus menjadikan ia momen terbaik pada konsert tersebut.
Dan hal yang lebih penting buat Exists bersama penganjur adalah sekitar 10 peratus kutipan harga tiket akan disalurkan kepada pihak persatuan Karyawan bagi membantu golongan artis yang memerlukan.
“Ini bukan sekadar konsert tetapi kami mahu peminat berhibur sambil beramal apabila 10 peratus duit tiket akan disalurkan kepada Karyawan untuk membantu rakan artis yang memerlukan. Ini matlamat kami,” ujar Pengarah Program Persatuan Global Malaysia, Mohd Roslan Mohd Rafi.
Tiket-tiket berharga bermula RM568, RM468, RM368, RM268 dan RM168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang Www.MyTicket.Asia.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Sep 16 2023
Konsert Exists X Orkestra yang dijadual berlangsung pada 22 Disember 2023 membawa penonton mengenang kembara 32 tahun kumpulan tersebut.- Foto Gempak
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
Konsert Exists X Orkestra hampir lengkapkan kembara 32 tahun Exists
Bakal berlangsung pada 22 Disember ini, Exists X Orkestra akan menyaksikan kugiran ini bergabung dengan lebih 30 pemain orkestra penuh.