Buat Laporan Polis
Rosyam memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Rosyam, dia juga telah menyenaraikan beberapa pengguna akaun Facebook termasuk pemilik akaun yang menggunakan nama pelawak Bell Ngasri kerana didakwa mengaibkan dirinya.
“Saya sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu berkenaan dengan penyebaran di media sosial yang berunsur fitnah dan mengaibkan saya dengan (perceraian) Fattah Amin dan Nur Fazura," katanya.
Rosyam yang hadir ke balai polis ditemani peguam dikenali Aizul itu juga turut menunjukkan salinan laporan polis sebagai bukti.
Terdahulu, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan.
Namun, dalam perbincangan tersebut, Rosyam tidak menganggap semua wanita berperangai begitu tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap demikian.
Topik itu tiada kena mengena dengan senario kisah artis yang terpalit isu rumah tangga sebaliknya sekadar lontaran secara umum. -- Gempak