SELEBRITI dan usahawan, Datuk Rosyam Nor tidak kisah apabila wajahnya digunakan oleh peniaga Industri Kecil & Sederhana (IKS) dalam kalangan M40 dan B40 terpilih demi merancakkan perjalanan jualan produk yang dijual.
Menurut Rosyam, apa yang dilakukan sebagai antara sumbangan kecil terhadap peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya sejak dulu hingga berjaya mencipta reputasi tersendiri dalam industri seni.
Bagaimanapun, Rosyam yang juga rakan strategik USANITA memberi kepercayaan kepada pasukan itu untuk mengawal selain mengenal pasti produk yang dirasakan ada potensi untuk diketengahkan.
“Kalau tiada mereka, rasanya saya boleh jadi Rosyam Nor seperti sekarang tak?
"Daripada aku anak setinggan, tak ada apa sehinggalah jadi superstar di negara ini dan sudah ada branding sendiri, adakah berdosa untuk saya tolong mereka?
“Biarlah wajah saya bertempek walau seribu produk pun saya tidak kisah. Mereka sudah tolong (sokong) saya dan kini masanya untuk saya buat perkara sama.
"Bagi saya itulah hubungan atau sumbangan yang boleh saya lakukan sebagai selebriti kepada peminat.
“Tak kisah atas niat untuk membantu bersama USANITA. Pihak mereka membuka ruang buat peniaga dan saya hanya meneruskannya sahaja. Malah, usaha ini dilakukan sejak fasa pandemik COVID-19 lagi.
“Cuma sudah tentu akan ada beberapa ketetapan yang kita telah lakukan, tak boleh main ambil (wajah pelaris) begitu sahaja.
"Team USANITA memilih yang bersesuai dan saya terbuka. Kiranya ia terkawal daripada segi penjenamaan,” katanya kepada MH.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka USANITA di Hotel Pullman Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama hadir berkongsi ialah dua rakan strategik lain iaitu hos Awal Ashaari dan Zoey Rahman.
Bintang filem The Original Gangster ini juga sudi memberi peluang untuk menggunakan wajah selebritinya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis USANITA yang memberi tambah nilai (added value) kepada usahawan, secara eksklusif.
Dalam pada itu, bagi memperkasakan usaha tersebut, pihaknya turut menambahbaik aplikasi USANITA Mall yang dilancarkan sepenuhnya pada Februari lalu.
Ia khusus bagi memberi peluang kepada perintis USANITA menggunakan platform berkenaan dengan memperoleh pelbagai manfaat dan pendapatan lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan mahu memastikan USANITA Mall bukan seperti lambakan produk di pasar malam, yang tidak nampak eksklusif apabila pelayar melayari platform e-dagang berkenaan.
“Kami tak mahu ia jadi ‘rojak’ sebab kami tahu golongan ini mahu mencipta penjenamaan. Jadi kami sendiri buat ‘branding’ mereka, buat packaging baharu dan sebagainya. Kiranya, kami menjaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik.
“Pada masa sama, kami akan beri tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform dalam talian.
“Mereka juga sebenarnya perlu pengiktirafan, kerana ramai yang tidak tahu kewujudan mereka (wujud sudah lama tapi tidak diketahui umum), sedangkan produk mereka setanding dengan produk di pasaraya,” katanya.
Adzliana turut menambah, ramai yang sudah mula membuka mata mengenali produk IKS bukan semata-mata jual kerepek selepas mengenali USANITA, tetapi juga tawaran perkhidmatan secara tersasar.
Setakat ini, pihaknya juga telah mempunyai kira-kira 1,800 perintis dan pihaknya akan mengadakan majlis apresiasi kepada perintis USANITA terpilih, berdasarkan laporan kewangan IKS yang berjaya mencecah jualan sehingga RM300,000. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sat May 20 2023

Menurut Rosyam, apa yang dilakukan sebagai antara sumbangan kecil terhadap peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya sejak dulu hingga berjaya mencipta reputasi tersendiri dalam industri seni. -Media Hiburan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.

Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.

Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.

Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.

China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.