KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Rohana Jalil yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semakin menunjukkan perkembangan positif.
Penghibur yang sangat masyhur dengan lagu Rayuanku itu juga sudah dipindahkan di wad biasa, namun, masih dalam pemantauan rapi oleh doktor.
Perkembangan terkini Rohana dikongsi rakan seperjuangannya, Haiza kepada Astro AWANI.
Menurut Haiza, melalui berita yang dikongsi kaum keluarga dan rakan-rakan lain, Rohana sudah memberikan maklum balas yang sangat baik.
Haiza yang berkesempatan menziarahi penyanyi veteran yang dihormatinya itu pada 6 Syawal lalu berkata, pada pertemuan singkat itu, kedua-dua mereka saling berbual banyak perkara.
“Alhamdulillah, saya gembira dan bersyukur melihat Kak Ana (panggilan buat Rohana) tempoh hari, Beliau mempunyai semangat yang sangat kuat untuk kembali pulih seperti biasa.
“Bahkan, Kak Ana bersungguh-sungguh memberitahu saya dia mahu cepat sembuh dan kembali pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” kata Haiza berkongsi cerita.
Sehubungan itu, penyanyi lagu Dag Dig Dug itu mengajak seluruh peminat untuk sama-sama mendoakan agar segala urusan rawatan Rohana dipermudahkan dan diberi kesembuhan segera.
Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke hospital itu pada 18 April lalu kerana mengalami kebocoran usus.
Juara Bintang RTM 1980 itu menerima kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkesempatan menziarahinya pada 23 April lalu.
Astro Awani
Sun May 14 2023

Penyanyi terkenal, Rohana Jalil yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semakin menunjukkan perkembangan positif.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Rohana Jalil
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Pemergian Rohana Jalil: "Dia isteri yang teramat baik" - Jahangir Khan
Ketika ditanya kenangan bersama arwah, tidak banyak diceritakan kerana kenangannya terlalu banyak, tidak boleh pun nak diceritakan.

Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil
Kehilangan yang cukup besar dalam industri seni.

Pemergian Rohana Jalil: "Mohon doakan arwah Mama" - Kilafairy
Anak Allahyarham Rohana Jalil, Syakila Nisha atau Kilafairy memohon agar mendoakan arwah ibunya.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Rohana Jalil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan
Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 sekitar pukul 11.45 pagi Rabu.

"Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga" - Haiza
Haiza merupakan antara artis yang dikenali sangat rapat dengan Allahyarham Rohana Jalil.

Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil
Allahyarham Rohana Jalil dikenali sebagai artis yang pemurah sentiasa hulur bantuan pada mereka yang ditimpa kesusahan.

Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza
Juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).