KUALA LUMPUR: Pemergian penyanyi terkenal, Rohana Jalil ke rahmahtullah pada sekitar pukul 11.33 malam tadi tidak hanya mengundang duka dan sedih dalam kalangan ahli keluarga Allahyarham.
Sebaliknya, rakan-rakan artis termasuk mereka yang pernah bersama-sama menempa kemayhuran sekitar tahun 1980-an tidak terkecuali daripada merasa hiba.
Rohana yang dijemput oleh Allah pada usia 68 tahun disifatkan mereka sebagai seorang sahabat yang berperibadi mulia.
Allahyarham Rohana merupakan seorang sahabat yang sentiasa berada semasa saat senang dan susah rakan-rakannya termasuk sentiasa murah hati menghulur bantuan ketika ada dalam kalangan mereka yang ditimpa kesusahan.
Mengimbas kenangan bersahabat dengan Rohana, penyanyi Datuk Azizul Khamis berkata, sifat Allahyarham yang sangat pemurah diketahui rakan-rakan terdekat.
Mula mengenali Allahyarham sejak 1980 lagi, Azizul berkata, Rohana tidak pernah berkira, dan sifat murninya itu terbukti apabila tidak keberatan menghulurkan wang ketika dia memerlukan bantuan, suatu ketika dahulu.
"Orang mungkin tidak tahu, arwah sebenarnya baik hati. Kalau perlukan duit, arwah beri pinjam dan beliau banyak menderma,” kata Azizul seperti dilaporkan portal BH Online.
Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil dilahirkan di Kota Tinggi, Johor pada 18 Februari 1955 meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar pukul 11.33 malam tadi.
Allahyarham sebelum itu dirawat di hospital berkenaan selama dua bulan akibat kebocoran usus.
Pemergian Rohana turut dikongsi seniwati ternama, Fauziah Ahmad Daud yang mendoakan Allahyarham ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.
Kata Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, segala penderitaan rakannya itu kini berakhir sudah.
“Berehatlah wahai kawan di negera abadi. Segala penderitaanmu telah berakhir.
“Semoga Almarhumah Hajah Dara Jalil a.k.a Rohana Jalil ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin Allahumma Aamin.
“Kami di sini akan merinduimu Ana…” tulis Ogy dalam hantaran di akaun media sosialnya.
Tidak ketinggalan berkongsi nota takziah di akaun Instagram ialah penyanyi terkenal Ramlah Ram yang turut berdoa semoga roh arwah Rohana dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang dikasihi Allah.
Turut mendoakan roh Allahyarham Rohana dicucuri rahmat Allah SWT ialah pelakon dan usahawan Neelofa.
Dalam hantaran di Twitter peribadinya, Neelofa turut memanjangkan ucapan takziah kepada anak Allahyarham Rohana iaitu pelakon Kila Fairy di atas pemergian ibu tercinta.
“Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah,” tulis Neelofa.
Astro Awani
Tue Jun 20 2023
Allahyarham Rohana Jalil yang dijemput oleh Allah pada usia 68 tahun disifatkan rakan-rakan seperjuangan sebagai seorang sahabat yang berperibadi mulia.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"
Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan
Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 sekitar pukul 11.45 pagi Rabu.
Jenazah Rohana Jalil dikebumi sebelum Zohor
Jenazah Allahyarham akan terlebih dahulu disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya.
"Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga" - Haiza
Haiza merupakan antara artis yang dikenali sangat rapat dengan Allahyarham Rohana Jalil.
Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil
Allahyarham Rohana Jalil dikenali sebagai artis yang pemurah sentiasa hulur bantuan pada mereka yang ditimpa kesusahan.