KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi terkenal, Rohana Jalil akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor sebelum solat Zohor hari ini.
Memaklumkan perkara itu, pengurus Rohana yang dikenali sebagai Jepun berkata, sebelum dikebumikan, jenazah Allahyarham akan terlebih dahulu disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya.
“Kepada saudara mara, rakan-rakan dan kenalan Allahyarham Rohana boleh datang ke Masjid Al-Falah USJ9 untuk memberikan penghormatan terakhir antara pukul 10 hingga 11 pagi ini.
“Insya-Allah jika semua urusan berjalan lancar, kami menjangkakan jenazah Allahyarham Rohana akan dikebumi sebelum solat Zohor,” kata Jepun ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Rohana dimandi dan dikafankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras di ibu negara sekitar pukul 8.30 pagi.
Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil kembali ke rahmatullah pada pukul 11.33 malam tadi di HCTM.
Legenda seni tanah air itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.
Rohana meninggal dunia akibat kebocoran usus sehingga menyebabkan kuman merebak kebeberapa bahagian organ utama beliau seperti paru-paru dan buah pinggang.
Allahyarham Rohana menempa kemasyhuran sekitar tahun 1980-an dan 1990-an menerusi lagu-lagu popular seperti Rayuanku, Resahku, Naluri Cinta, Jangan Main Mata, Kerana Dia Kita Terpisah.
Rohana merupakan Juara Bintang RTM pada tahun 1981.
Astro Awani
Wed Jun 21 2023

Jenazah penyanyi terkenal, Rohana Jalil akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor sebelum solat Zohor hari ini.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"

Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan
Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 sekitar pukul 11.45 pagi Rabu.

Jenazah Rohana Jalil dikebumi sebelum Zohor
Jenazah Allahyarham akan terlebih dahulu disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya.

"Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga" - Haiza
Haiza merupakan antara artis yang dikenali sangat rapat dengan Allahyarham Rohana Jalil.

Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil
Allahyarham Rohana Jalil dikenali sebagai artis yang pemurah sentiasa hulur bantuan pada mereka yang ditimpa kesusahan.