KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sedih mendengar berita kehilangan penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil. Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Rohana, 68, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dua bulan lepas akibat kebocoran usus, menghembuskan nafas terakhir pada 11.33 malam tadi.
Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil terkenal dengan lagu Rayuanku dan Jangan Main Mata dan Naluri Cinta, dilahirkan pada 18 Februari 1955 di Kota Tinggi, Johor dan mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada 1980.
Sepanjang pembabitannya dalam bidang nyanyian tanahair, Allahyarham telah merakamkan lebih 20 album.
Jenazah Allahyarham dilaporkan akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023

Rohana yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM sejak dua bulan lepas akibat kebocoran usus, menghembuskan nafas terakhir pada 11.33 malam tadi. - Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Rohana Jalil
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Pemergian Rohana Jalil: "Dia isteri yang teramat baik" - Jahangir Khan
Ketika ditanya kenangan bersama arwah, tidak banyak diceritakan kerana kenangannya terlalu banyak, tidak boleh pun nak diceritakan.

Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil
Kehilangan yang cukup besar dalam industri seni.

Pemergian Rohana Jalil: "Mohon doakan arwah Mama" - Kilafairy
Anak Allahyarham Rohana Jalil, Syakila Nisha atau Kilafairy memohon agar mendoakan arwah ibunya.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Rohana Jalil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan
Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 sekitar pukul 11.45 pagi Rabu.

"Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga" - Haiza
Haiza merupakan antara artis yang dikenali sangat rapat dengan Allahyarham Rohana Jalil.

Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil
Allahyarham Rohana Jalil dikenali sebagai artis yang pemurah sentiasa hulur bantuan pada mereka yang ditimpa kesusahan.

Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza
Juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).