KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, dilaporkan dalam keadaan lemah.
Perkembangan terbaharu itu dikongsi oleh salah seorang teman rapatnya, Haiza Hanafi kepada Astro AWANI hari ini.
"Sejak Ahad lalu ketika saya datang melawat, memang keadaan dia lemah.
"Tetapi dia boleh dengar bila saya bisik di telinga dia. Haiza beritahu dia datang (melawat), dia angguk," kata penyanyi lagu Dag Dig Dug itu.
Haiza atau nama sebenar, Rohaizah Nordin menambah juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di ibu negara.
Bagaimanapun, ujarnya Rohana sudah tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pada April lalu, Rohana yang juga pelantun lagu Rayuanku dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU akibat kebocoran pada usus.
Sementara pada 23 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi penyanyi veteran itu.
Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.
Berbekalkan pengalaman menyanyi ekspo dan fun fair, penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976, tetapi tuah tidak menyebelahinya.
Dengan bakat dan kesungguhannya, Rohana kemudian dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, penyanyi terkenal, Datuk Francissca Peter berkongsi doa dan harapan agar rakan seangkatannya itu diberi kesembuhan.
Francissca secara peribadi berkongsi kesedihan dengan perkembangan kesihatan Rohana.
"Saya sangat berharap dan berdoa agar dia cepat sembuh. Semoga Tuhan menyembuhkan Rohana dan memberi kekuatan kepada keluarga dan orang yang tersayang serta membantunya pada ketika ini. Mari kita sama-sama berdoa untuk Rohana Jalil," tulis Francissca dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya.
Astro Awani
Tue Jun 20 2023

Penyanyi Rohana Jalil masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di ibu negara. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Rohana Jalil
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Pemergian Rohana Jalil: "Dia isteri yang teramat baik" - Jahangir Khan
Ketika ditanya kenangan bersama arwah, tidak banyak diceritakan kerana kenangannya terlalu banyak, tidak boleh pun nak diceritakan.

Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil
Kehilangan yang cukup besar dalam industri seni.

Pemergian Rohana Jalil: "Mohon doakan arwah Mama" - Kilafairy
Anak Allahyarham Rohana Jalil, Syakila Nisha atau Kilafairy memohon agar mendoakan arwah ibunya.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Rohana Jalil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan
Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 sekitar pukul 11.45 pagi Rabu.

"Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga" - Haiza
Haiza merupakan antara artis yang dikenali sangat rapat dengan Allahyarham Rohana Jalil.

Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil
Allahyarham Rohana Jalil dikenali sebagai artis yang pemurah sentiasa hulur bantuan pada mereka yang ditimpa kesusahan.

Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza
Juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).