PELAKON Indonesia, Reza Rahadian baru baru ini menceritakan kisah bagaimana dia yang dibesarkan dalam keluarga penganut Kristian yang setia memilih untuk memeluk Islam.
Kepada Daniel Menanta, bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu mengaku keluarga terutama ibunya merupakan seorang penganut tegar Kristian.
Dirinya malah telah dihantar bersekolah ke sekolah aliran Kristian sehingga remaja dan tidak lepas mengunjungi gereja pada setiap Ahad.
"Saya dibesarkan sebagai seorang Nasrani (Kristian) dan dihantar ke sekolah khusus agama Kristian dengan setiap minggu ke gereja.
"Mendiang Glenn Fredly (penyanyi) pernah menjadi guru saya di gereja," kenang lelaki yang berasal dari Bogor, Indonesia itu dalam temu bual yang disiarkan di laman YouTube Daneil Menanta.
Bagaimanapun, setelah dewasa, dia memutuskan untuk menjadi mualaf, memeluk Islam.
Tanpa menyatakan secara spesifik pada usia berapa dia memeluk Islam, Reza menegaskan keputusan yang diambil bukan didorong oleh sesiapa.
"Transisi saya memeluk Islam bukan atas paksaan atau mengikut orang, apa lagi kerana cinta misalnya.
"Ia adalah keputusan saya sendiri. Bukan sebab kerja atau pasangan. Saya cuma yakin setelah 'berdialog' dengan Tuhan, saya mahu menjadi mualaf," katanya jujur.
Bintang filem yang sudah memenangi banyak anugerah ini kemudian mengatakan keputusannya memeluk Islam disambut baik oleh ibu, biar wanita itu sangat berpegang teguh dengan agama yang dianuti.
"Mama kata itu (jadi mualaf) adalah hak saya. Dia cuma berpesan, apabila saya memeluk Islam, jalani ibadah atau agama saya sebaiknya," kata lelaki berusia 34 tahun itu.
Malah katanya, saat ini, ibu dan keluarga yang lain masih beragama Kristian serta menyambut Krismas, sementara dia bahagia menjadi seorang Muslim dan menjalankan ibadah tanpa sekatan.
Katanya: "Mama saya masih merayakan Krismas dan perayaan atau upacara lainnya di rumah. Saya okay. Dan di tempat saya solat, ibu juga kadang kadang berdoa di situ."
Terdahulu, dalam temu bual yang sama, Reza membuat pengakuan mengejutkan dirinya berbohong telah kematian ayah sejak kecil.
Ironi, dia tidak pernah mengenal atau mengetahui sama ada ayahnya masih hidup atau benar benar sudah meninggal dunia kerana tidak pernah bertemu dengannya.
"Ayah meninggalkan kami sewaktu saya kecil dan saya tidak tahu dia bagaimana, masih hidup atau sudah meninggal dunia," akuinya.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini
Gempak
Mon Apr 11 2022

Dilahirkan dan dibesarkan sebagai penganut agama Kristian, namun, Reza memilih untuk memeluk agama Islam apabila dewasa tanpa didorong oleh sesiapa. - Gambar GEMPAK

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ditinggal sejak usia 6 bulan, Reza Rahadian tidak terfikir cari bapa kandung
Menurut Reza, dia dimaklumkan bapanya berada di Iran.

Reza Rahadian kongsi cerita masuk Islam, tidak dibuang keluarga hanya kerana pindah agama
Reza masih ingat pesanan ibunya, kalau sudah memeluk Islam, jalani ibadah atau agama itu dengan sebaiknya.

Filem taruhan Oskar Indonesia, "Sang Kiai" menang Filem Terbaik FFI
Filem Sang Kiai diumumkan Filem Terbaik di Festival Filem Indonesia yang berlangsung malam tadi di Semarang.