FIKIRANNYA senantiasa berperang dengan pelbagai persoalan. Sebagai seorang penyair, penulis, penterjemah dan jurnalis, sudah tentu fikirannya tidak mahu berehat. Jika bapanya merupakan seorang tokoh sejarahwan ulung yang padat dengan pemikiran dan pandangan, bak kata pepatah Melayu – bapa borek, anak rintik – begitulah Eddin Khoo, anak lanang Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim.
Eddin Khoo pastinya bukan seorang Melayu, jauh sekali jika dikatakan sebagai Melayu Kelantan. Beliau berdarah kacukan Cina dan India. Tetapi cintanya pada kebudayaan Melayu sangat mendalam, terutama kebudayaan dan kesenian Melayu Kelantan. Berkenalan dan bekerja dengan dalang wayang kulit Allahyarham Abdullah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Dollah Baju Merah, Eddin mula mengkaji kesenian tersebut dengan lebih mendalam sehingga mengangkatnya sehingga ke peringkat antarabangsa.
Apakah yang membuatkan beliau terpaut pada kebudayaan Melayu, terutamanya di negeri Kelantan?
Menurut Eddin, fikirannya sering terganggu dengan satu-satunya pertanyaan berkenaan kebudayaan Melayu. Pertanyaan yang tidak dapat dikeluarkan dari kepalanya dan sering pula merusuh. Pertanyaan yang mengganggu itu ialah mengenai mitos dan sejarah dalam kebudayaan Melayu.
Memetik Hikayat Hang Tuah sebagai contoh, Eddin tidak dapat jawapan sebenar apakah Hang Tuah ini mitos atau sejarah? Di dalam kebudayaan Melayu pula, dengan main puteri sebagai contoh; bagaimana hendak menjelaskan keadaan lupa (trans), serta kaitan roh dan jin, dan alam ghaib sebagai bahan kajian ilmiah? Persoalan ini juga ditujukan kepada penganut Hindu dalam perayaan Thaipusam.
Tentu sukar bagi seorang seperti Eddin untuk memahami konsep yang unik ini dalam konteks kebudayaan Melayu. Malah bukan sahaja Eddin, tetapi sejak dari dahulu lagi para Orientalis cuba mengkajinya tetapi tidak juga berjaya menemui jawapan pasti.
Sejak kedatangan Portugis (bahkan sebelum itu lagi, telah dikaitkan pertanyaan: mengapa Claudius Ptolemy menggelar Semenanjung Tanah Melayu sebagai Semenanjung Emas?), Joseph Conrad, Anthony Burgess, Mubin Sheppard sehinggalah Patricia Martusky – sebolehnya mencari jawapan kepada persoalan yang sama dicetuskan oleh Eddin.
Atas dasar itu, Eddin dan teman-temannya telah sebulat suara menubuhkan Pusaka, di samping memartabat, melestari dan mendedahkan warisan ini kepada generasi baharu.
Keliru hantu jembalang dan sejarah Puteri Sa’adong
PADA 24 Mei lalu, bertempat di Black Box Publika MAPKL, Pusaka telah membawa persembahan main puteri dan tarian asyik yang dikatakan tulen dari Kelantan, dan dipersembahkan oleh Jalinan Seni Tanah Merah yang diterajui oleh Pak Ku Agil. Pada sebelah petangnya, Eddin telah memberikan sedikit sebanyak pencerahan mengenai persembahan tradisional negeri Kelantan ini.
Apabila ditanya oleh salah seorang pelajarnya yang berbangsa Cina, apakah agama yang dianuti oleh pemain main puteri dan tarian asyik jika mereka berkomunikasi dengan hantu, jin dan roh? Dengan selamba Eddin menjawab, “Mereka adalah Muslim!” Jelas di muka pelajarnya yang keliru mempersoalkan kepercayaan mengarut ini berkait pula dengan ajaran Islam.
Mungkin, pada kefahaman pelajar itu bahawa Islam adalah agama logika akal. Agama yang berpegang pada hukum-hakam, halal-haram seperti anjing dan babi adalah haram kepada penganut Islam. Eddin cuba juga menjelaskan kepada pelajar tersebut berkenaan fahaman Sufi, namun akhirnya mengundang tawaan kerana ia sukar diterima akal.
Inilah keistimewaan peradaban Melayu-Nusantara. Bangsa ini, seperti bangsa-bangsa utama Asia yakni Cina dan India, percaya akan kewujudan alam ghaib. Setiap yang fizik, ada metafiziknya – jasmani dan rohani. Keupayaan bangsa ini bukan sahaja berkomunikasi, bahkan memimpin makhluk di alam ghaib.
Perlu ditegaskan, kepercayaan ini bukan untuk dikaji secara ilmiah. Tiada teori yang dapat dikaitkan dan tiada kaedah yang dapat dijelaskan. Bangsa Melayu-Nusantara mengamalkan kepercayaan ini sebagai budaya – cara hidup demi kesejahteraan alam – yang nyata dan yang ghaib. Jika persoalan ini bermain di akal fikir, akhirnya pasti bertemu kebuntuan.
Perlu ditegaskan sekali lagi, bahawa setiap yang ghaib itu pula adalah rahsia. Jadi, rahsia tetap menjadi rahsia. Hanya mereka yang ingin mencari kewujudan Tuhan Maha Esa sahaja akan mengetahui rahsia ini. Inilah rahsia Tuhan.
Sejarah main puteri dan tarian asyik dikaitkan dengan Puteri Sa’adong. Untuk pengetahuan, Puteri Sa’adong bukanlah calang-calang perempuan. Dia perempuan yang ta’at dan mengetahui rahsia Tuhannya. Jika tidak, dia takkan diberi tanggungjawab untuk memerintah kerajaan ghaib di Gunung Ayam. Eddin mesti tahu bahawa kerajaan Melayu tua sebelum kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai kerajaan gunung.
Dari kerajaan gunung, barulah ia berkembang ke kerajaan laut – ke pulau-pulau Sumatera dan Jawa. Eddin juga mesti tahu sejarah kedatangan wali-wali dari tanah Samarkhand ke Semenanjung Emas ini. Paling penting, Eddin mesti tahu asal-usul bangsa Melayu atau bangsa Jawi ini. Kemudian, persoalan yang menghantuinya pasti terjawab.
Dari sudut pandang yang lain pula, usaha Eddin ini harus dipuji jika beliau benar-benar telus dengan pencariannya, kerana bangsa Melayu sendiri tidak mengkaji budayanya sehingga ke tahap ini kecuali segelintir. Moga Eddin tidak memesongkan kepercayaan ini dengan jawapan: kebudayaan Melayu ini ada hubungkait dengan makhluk asing dari langit; seperti yang dilakukan oleh Kevin Burns dalam rancangannya Ancient Aliens.
Daily Seni
Tue Jun 23 2015
Ibarat bapa borek, anak rintik begitulah juga Eddin Khoo, anak lanang Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim. - Foto Pusaka
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
'Main Puteri' dipentaskan di Festival De I'Imaginaire, Paris pada 7 Jun
Seni persembahan tradisional dari Kelantan, Main Puteri atau Main Teri akan mengadakan pementasan di Festival de I'Imaginaire di Paris, Perancis pada 7 Jun ini.
Rasuah: 'Rakyat macam dalam Alice in Wonderland' - Eddin Khoo
Isu ketelusan itu tidak ubah seperti satu retorik pihak tertentu semata-mata.
Revolusi senyap berlaku sejak banjir
Perkara ini berlaku kerana usaha-usaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat lebih mudah diselesaikan dengan gerak kerja masyarakat tanpa melibat kerenah birokrasi.
Atasi ego besar 'naga-naga tua' dengan idea radikal
Cara lama perlu diubah, tabiat lama harus ditinggalkan, pemikiran patut dibersihkan, sikap mesti diperbetulkan - barulah kita dapat benar-benar menyelesaikan krisis ini dan bergerak menuju kemajuan.
Mesyuarat Khas Parlimen: Cari pasal atau teroka sepakat? 'Dialog Tiga Penjuru' 8.30 malam ini di Astro AWANI
Bagaimanakah cara yang sehalus, seaman, secekap, dan seefektif mungkin untuk blok-blok dalam Parlimen bersama menyelesaikan krisis tanpa perlu menidakkan antara satu sama lain?
Ahli politik disaran praktik prinsip rukun negara
Teras kelima dalam Rukun Negara itu harus menjadi pemandu kepada ahli politik dalam melaksanakan tugas mereka tanpa menggunakan identiti politik, agama dan ras demi kepentingan masing-masing.
Kerja-kerja laporan PPDUEC masih berbaki 20 peratus
PPDUEC masih mempunyai baki 20 peratus lagi kerja-kerja pelaporan yang perlu disiapkan sebelum melengkapkan laporan dan syor kepada KPM.
Laporan UEC di peringkat akhir, akan diserahkan kepada kerajaan hujung bulan
Pengerusi PPDUEC, Eddin Khoo berkata, mereka akan berjumpa dengan kesemua Ahli Parlimen sebelum merumuskan laporan berkenaan
'Tanah air ini nyawanya' - Anak kongsi kenangan terakhir dengan mendiang Khoo Kay Kim
Pemergian sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Mendiang Khoo Kay Kim dikebumi Sabtu ini
Sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang meninggal dunia akibat masalah paru-paru dibawa ke Nirvana Memorial Park Sungai Besi, bagi upacara penghormatan.