Kuala Lumpur: Sepertimana yang dapat kita perhatikan hari ini, dalam suasana politik lama yang masih menebal sentimen polarisasi, ada beberapa sosok muda yang menggerakkan kerjasama tanpa mengira dari mana mereka datang untuk membawa negara keluar dari krisis dahsyat ini.
Penulis, wartawan dan pengasas PUSAKA, Eddin Khoo juga melihat suasana baharu itu, yang disifatkan umpama sinar harapan untuk naratif politik baharu tanah air. Mungkin inilah rahmat yang dapat digarap daripada musibah ini.
Senario seperti Khairy Jamaluddin menjemput Ong Kian Ming untuk bersama menjayakan proses vaksinasi misalnya, serta pertukaran pendapat antara wajah baharu Ahli-Ahli Parlimen telah membuka pintu kepada pentas bagi mengutarakan idea-idea segar dan konvensional.
Namun tegas Eddin, cabarannya adalah mereka perlu berdepan dengan ego besar sosok-sosok besar politik lama.
“Saya rasa dalam kerangka parti politik mereka itu, sekarang ini mereka harus bersemuka dengan ‘naga-naga’ tua. Sebenarnya kita sangat terjebak hasil kemelut ego ‘naga-naga’ tua.
“Saya memang mengiktiraf kepintaran dan kebijaksanaan kebanyakan daripada YB-YB yang agak muda, tetapi saya kurang yakin apabila dalam kerangka parti politik ini ia menjadi satu budaya angkuh sahaja,” jelas beliau.
Hari ketiga sidang Mesyuarat Khas Parlimen pada Rabu menyaksikan beberapa isu besar dan radikal, menurut Eddin, dibangkitkan dan diperbahaskan seperti perihal tidak menjenayahkan perlakuan bunuh diri.
Kata Eddin, ini adalah satu perubahan pemikiran yang selama ini terlalu terkongkong dalam kerangka agama dan tradisi lama, di mana perbincangan menyentuh pandangan dari pelbagai sisi dalam mencari punca permasalahan tersebut untuk ditangani.
“Kita harus membuka ruang untuk satu masa hadapan yang radikal. Saya tidak merujuk kepada politik radikal tetapi buah fikiran dan perbincangan yang benar-benar radikal.
“Ini adalah satu anjakan paradigma dalam budaya kita apabila kita cuba memahami fenomena bunuh diri ini dari segi psikologi, ekonomi, sosiologi dan sebagainya dan bukan hanya mengikut tradisi sahaja,” katanya.
Nyata, banyak lagi anjakan minda yang perlu dicetuskan, termasuk budaya suka ‘bergaduh’ di dalam Parlimen seperti yang disuarakan oleh seorang pemimpin muda, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.
Beliau merasakan yang bukan sahaja minda ahli politik, malah rakyat secara umumnya yang sebahagiannya suka melihat keriuhan tidak berasas di dalam Parlimen tidak seharusnya dinormalkan.
“Rakyat juga perlu melihat bahawa mereka menghantar Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat bukan untuk bergaduh. Kadang-kadang rakyat ini lebih suka jadi macam penonton tinju, mereka suka tengok Ahli Parlimen bergaduh.
"Malah saya sendiri pun sebelum masuk Dewan ramai yang pesan “tutuh berat-berat, kata berat-berat.” Jadi minda sebegini perlu diperbetulkan sehingga menghasilkan Ahli Parlimen yang tidak merasakan memekik dan sehingga dihalau keluar dari Dewan itu menjadikan mereka hero,” katanya lagi.
Walaupun masih wujud perangai sebegitu hari ini, namun beliau melihat ia tidak seteruk dahulu dan merasakan yang kita akan memasuki fasa di mana boleh duduk bersama berbahas secara matang dan tidak lagi berlaku suasana hiruk-pikuk bagai di pasar itu.
Melihat keadaan hari ini sememangnya banyak lagi aspek yang memerlukan perubahan, dan ianya bermula dengan sikap.
Ego tidak boleh dibuang terus kerana ia adalah suatu sifat pertahanan diri, namun ia perlu direndahkan dengan keterbukaan menerima pandangan dan mendapatkan nasihat daripada sesiapa pun tanpa prasangka, apatah lagi dalam waktu getir ini.
Justeru tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, kerajaan hari ini harus lebih ikhlas dalam menjemput pihak pembangkang bersama dalam usaha pemulihan negara dan bukannya memanggil mereka sekadar untuk cukupkan syarat.
“Di pihak pembangkang ada tokoh-tokoh seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Lee Boon Chye, masing-masing mantan Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan. Sepatutnya mereka ini dimanfaatkan pengalaman mereka kerana mereka adalah doktor pakar dan terlatih.
“Tak perlu disebut wujudkan Pelan Pemulihan Negara baru nak jemput, sepatutnya dari awal lagi. Maksudnya menteri-menteri di pihak kerajaan perlu berpijak di bumi yang nyata, datang jumpa dan jemput kami bukan hanya sebagai tokenisme atau hanya nak melengkapkan,” ujarnya.
Daripada segala yang dikatakan oleh ahli panel Dialog Tiga Penjuru minggu ini, di sebalik segala idea yang diluahkan untuk menambah baik cara kita menangani krisis berlapis yang dihadapi ini, nyata penegasan dan seruannya hanya satu - berubah.
Israr Khalid
Wed Jul 28 2021
Perlu anjakan paradigma dalam segala aspek di negara ini. - Foto Astro AWANI
ASEAN25: MBPP, MBSP indahkan, naik taraf infrastruktur
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengindahkan dan menaik taraf infrastruktur bandar di lokasi yang terlibat dengan mesyuarat sempena Kepengerusian ASEAN.
AWANI Ringkas: Jangan 'selesa' dengan banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
Presiden Korea Selatan tidak hadir sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya
Bagi presiden menghadiri perbicaraan, isu keselamatan dan perlindungan peribadi perlu diselesaikan terlebih dahulu, kata peguam.
Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.
Perikanan tangkapan catat pengeluaran 1.42 juta tan metrik tahun lepas
Pengeluaran dari perairan laut pantai menyumbang sebanyak 86.7 peratus iaitu 1.23 juta tan metrik.
Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.
Institusi Al-Azhar kesal sikap tidak peduli dunia terhadap krisis kemanusiaan di Gaza
Keadaan teruk di Gaza dengan sekatan lebih 15 bulan telah menyebabkan penduduknya dalam penderitaan yang tidak dapat dibayangkan.
Redah perjalanan 135km demi sertai PLKN 3.0
Chee Ming Hang berkata, sejak kecil beliau memang meminati pasukan beruniform dan bercita-cita menjadi tentera selepas tamat belajar kelak.
Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya.
Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’
Saksikan Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI 8.30 malam ini, Khamis 9 Januari 2025.
Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah
Aspek kebajikan dan gaji guru juga mungkin tidak dijaga dengan teratur, jika tiada pemantauan pihak kerajaan.
Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA
Satinah berkata, pihak kementerian juga perlu terbuka untuk menerima sumbang saran daripada pihak swasta.
Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah
Ibu bapa mahukan kestabilan pelaksanaan dasar yang konsisten apabila mereka melabur untuk masa depan anak-anak mereka.
Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas
Tindakan normalisasi hubungan negara arab dengan Israel adalah tidak sihat, serta menunjukkan kesatuan negara Islam yang rapuh dalam mengecam kezaliman rejim zionis.
Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.
Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'
Pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif, untuk menjana persaingan idea yang matang dan mantap.