Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G. Manimaran berkata sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah.
“Saya rasa sebahagian ahli Parlimen sekarang, masih tidak ada kelas dan tidak capai status ahli Parlimen sebenar yang kita perlukan. Kita belum ada literasi mengenai peranan sebagai ahli Dewan Perundangan.
“Apabila perkara-perkara ini (naratif jatuhkan Kerajaan) wujud, mereka masih bertindak sebagai ahli Parlimen berkelas negara-negara membangun.
“Kita katakan mahu jadi negara maju, tetapi mentaliti wakil rakyat dan sikap hormat kepada prinsip demokrasi masih belum cukup kuat - belum padu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Jelasnya, wakil rakyat tidak memainkan peranan sebagai pembuat undang-undang secara berhemat. Sebaliknya terus tenggelam dalam permainan persepsi dan politik yang berlarutan.
Manimaran menegaskan, rakyat sudah muak dengan tingkah laku ahli politik yang sedemikian. Rakyat secara umumnya menolak permainan politk melampau dan keterlaluan ini.
“Oleh itu, saya katakan persepsi-persepsi (jatuhkan Kerajaan) yang masih berlarutan sehingga sekarang, kita perlu berjiwa besar. Pasca pilihan raya, rakyat sudah muak dengan permainan politik yang melampau dan keterlaluan.
“Sebab itu, pernah dengan Timbalan Yang Dipertua ceritakan komentar orang awam yang sifatkan Dewan Rakyat seperti zoo, kerana Parlimen kita belum capai taraf yang tersendiri,” tambahnya.
Dialog Tiga Penjuru: Hanya ada satu ‘langkah’