SEOUL: Kim Min-ki, seorang penyanyi, komposer dan penulis drama terkenal Korea Selatan yang membimbing ramai artis berbakat melalui teater ikoniknya di Daehangno, Seoul meninggal dunia pada Ahad.
Kim, 73, meninggal dunia akibat komplikasi kanser perut, penyakit kronik yang telah lama dihidapinya, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kim terkenal kerana mengendalikan Teater Hakchon, sebuah mercu tanda di Daehangno serta lagu-lagu popular 70-an seperti "Morning Dew" dan "Evergreen Tree."
Dilahirkan pada 1951, Kim mula menempa nama sebagai komposer lagu "Morning Dew," yang dinyanyikan oleh penyanyi Yang Hee-eun.
Lagu itu kemudian menjadi lagu protes popular dalam kalangan aktivis pelajar pro-demokrasi.
Kim sering menghadapi tekanan daripada kerajaan yang disokong tentera pada ketika itu.
Album dan lagu-lagunya pernah diharamkan kerana mengkritik rejim dan masyarakat.
Walaupun terpaksa bekerja di kilang pakaian dan lombong untuk menyara hidup, beliau terus menyampaikan pemikirannya menerusi lagu.
Pengaruh Kim melangkaui muzik, kerana beliau juga aktif menghasilkan drama dan muzikal dalam dunia teater.
Pada 1991, beliau menubuhkan Teater Hakchon di Daehangno yang menjadi tempat perlindungan bagi artis-artis muda dan pusat pertukaran budaya.
Teater Hakchon menjadi platform untuk ramai penyanyi terkenal Korea termasuk mendiang Kim Kwang-seok, Yoon Do-hyun, Na Yoon-sun dan Jeong Jae-il, yang mengasah bakat mereka di tempat itu.
Masalah kewangan dan kesihatan Kim menyebabkan penutupan teater itu pada Mac tahun ini, selepas 33 tahun beroperasi.
Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Kim, 73, meninggal dunia akibat komplikasi kanser perut, penyakit kronik yang telah lama dihidapinya. -Gambar fail/Hakchon Theater

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penyanyi, komposer Kim Min-ki meninggal dunia
Kim, 73, meninggal dunia akibat komplikasi kanser perut, penyakit kronik yang telah lama dihidapinya, lapor Agensi Berita Yonhap.