Bakal bersiaran setiap Jumaat bermula 9 malam ini di Astro Warna dan Warna HD, jangan lupa untuk menyaksikan banyak lagi aksi yang lebih mencuit hati!

Menerusi pemerhatian di laman Instagram Zon Lawak, rata-rata peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan gelagat Jep, Shuib, Rahim, Illya bersama artis-artis undangan di Sepahtu Reunion Live!


Untuk episod pertama malam ini, Sepahtu Reunion akan membawakan aktres cantik, Lisa Surihani sebagai pelakon undangan bersama seorang lagi selebriti misteri!

Jadi, jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Sepahtu Reunion Live setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna dan Warna HD!