Tidak dapat menahan sebak, Syahirah atau lebih mesra dengan panggilan Syeera berkongsi video pendek beserta coretan istimewa buat pembantu rumahnya di akaun Instagram hari ini.
Menurut Syeera, pembantu rumahnya itu merupakan seorang yang sangat baik, tidak banyak merungut dan rapat dengan anak-anaknya.
“Bye bibik, after we go through so many helpers dan Titin Patimah yang paling last dan bertahan selama 2 tahun lebih. Dia manusia pasti buat silap, bila buat silap tentunya kita jadi singa.
“Tapi tak penah simpan dalam hati bila marah dia, hanya marah waktu salah dan lepas tu lupakan sebab bila kitorang kerja dialah yang urus rumah, jaga anak-anak, suap anak-anak makan, masa masak dialah tolong melayan anak-anak dan macam-macamlah.
“Tangan dia macam 10, tak pernah sakit weh dan sangat hebat selama dua tahun lebih sekali pun tak pernah bawa dia pergi klinik.
“Dia cuma pernah demam batuk, minta panadol lepas tu lega. Tenaga dia sangat hebat, mintalah dia buat apa sikit pun tak berkira, sebab tu kitorang tak pernah berkira dengan dia.
“Mahal baju aku mahallah baju dia. Bila beli baju tidur dekat Giant sama juga bajunya untuk aku. Suka bila tengok orang bersih kemas sebab jaga anak-anak, kita kena make sure helper kita jaga kebersihan.
“Dia boleh ikut rentak kami yang jenis particular bab bersih ni. Dua tahun setiap bulan sembilan mesti sambut hari jadi dia tapi tahun ni bibik dah balik kampung.
“Mungkin lebih bermakna bila sambut dengan keluarga sendiri. Tahun depan harapnya kita dapatlah raya lagi pakai baju sedondon macam tahun ni.
“Dia tak pernah mintak phone selama dua tahun kerja, dia cuma tunggu bila suami dia call phone kitorang baru la dia teruja nak cakap.
“Jadi bila dia dah nak balik kitorang hadiahkan dia phone baru. Seronok dia, phone tu tujuan untuk senangkan dia hubungi anak-anak.
“Bye bibik, ni malam terakhir kitorang nak hantar bibik ke rumah makcik sebab kitorang nak balik kampung awal. Penerbangan dia hari Selasa jadinya tak sempat hantar.
“Untuk tak nak bagi budak-budak nangis, masa kemas-kemas barang bibik naik bilik diorang peluk diorang puas-puas. Sebab belum tentu lepas ni kita jumpa lagi ke tak tapi saya selalu doa bibik akan balik. Hayyan keep cakap nak ikut bibik. Zayyan keep cakap bibik datang lagi ya.
“Habis aku yang rakam tu korang rasa macam mana? Aminah bila dah tengok semua peluk dia macam faham sangat bibik akan pegi jauh.
“Terima kasih bibik untuk dua tahun kenangan pahit manis kita. Terima kasih uruskan anak-anak tanpa mengeluh.
“Kalau anak-anak biadap dengan dia, tak penah daddy diorang biarkan. Kau buat bibik depan kitorang ha memang siaplah daddy dia bedal. Please doakan bibik balik semula,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga sebak melihat video tersebut dan tidak kurang juga ada yang mengalami situasi yang sama seperti keluarga Fad.
“Faham sangat, sebab pernah ada bibik. Alhamdulillah dapat semua yang baik baik memang layan semua bibik macam keluarga.
"Semua bertahan sampai lima tahun habis kontrak tukar, sedih sangat bila bibik pulang ke tanah air sendiri, tapi tulah kebahagiaan dorang. Moga bibik awak kembali lagi. Semoga dipermudahkan,” kongsi @irdinaroslii
“Power sangat kasih sayang keluarga dengan bibik, sampai kita pun terasa sebaknya,” komen @jill_rjm
Terdahulu, Syeera dan Fad telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.