Pelakon berusia 59 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Gunther, mengumumkan perkara tersebut ketika temu bual bersama NBC ketika Today Show pada Isnin.
"Saya didapati menghidap barah berkenaan pada September 2018 dan ia kini telah merebak kepada tulang belakang saya," katanya kepada pengacara rancangan tersebut Craig Melvin.
Menurut Tyler lagi, para doktor menemui barah berkenaan ketika dia lakukan pemeriksaan kesihatan pada usia 56 tahun.
Sejurus selepas itu, dia diberi rawatan hormon.
Bulan lepas Tyler muncul dalam siri khas 'Friends: The Reunion" melalui aplikasi Zoom.
Siri khas berkenaan yang disiar melalui HBO Max memaparkan pelakon utama sitcom televisyen tersebut iaitu Courteney Cox, David Schwimmer, Jennifer Aniston, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan Matthew Perry.
BACA: Enam sahabat 'gila-gila' dari Manhattan kembali hari ini dalam 'Friends: The Reunion'
BACA: Friends: The Reunion dedah rahsia besar antara Ross dan Rachel
Menurut Tyler, barah berkenaan menjadi agresif pada peringkat awal virus COVID-19 melanda dunia dan kini telah merebak kepada keseluruhan tulang belakangnya.
Ketika ini, dia tidak mampu lagi untuk berjalan.