PEMILIK Toyota GR Yaris Kansai yang dikenali sebagai Asnina Muhammad mendedahkan pelakon Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar kenderaan terbabit yang mengalami kemalangan sehingga menyebabkan kereta itu remuk teruk (total loss), baru-baru ini.
Menurut Asnina, dia adalah pemilik sebenar dan Pekin atau nama sebenarnya, Mohd. Iznan Ibrahim hanya bertindak selaku duta yang mempromosi syarikat D One Motorsports Sdn. Bhd.
“Saya adalah pengarah syarikat D One Motorsports dan merupakan pemilik kenderaan itu.
“Tiada sebarang pembayaran wang tempahan dan juga tiada sebarang pembayaran deposit daripada Pekin.
“Tiada sebarang dokumen yang diberikan olehnya untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian kereta,” kata Asnina.
Kenyataan itu dibuat Asnina dalam satu kenyataan rasmi dalam Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, Asnina turut menyertakan geran kenderaan sebagai bukti kereta terbabit adalah miliknya.
Katanya, Pekin hanya menunjukkan minat untuk memberi kenderaan itu sahaja.
“Segala kos daripada proses pembelian kenderaan, servis di Kansai Service dan pembiayaan duta ke Jepun ditanggung oleh pihak kami,” katanya lagi.
Terdahulu, kereta itu dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putra Height, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, kereta dipandu oleh rakan Pekin bernama Amirul dan turut dinaiki oleh dua rakan dikenali sebagai abang Arif dan Faiz namun tiada sebarang kehilangan nyawa direkodkan.
Ia difahamkan kereta terbabit yang dibuat khas untuk Pekin turut mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia seminggu yang lalu. -- Gempak
Gempak
Sat Jul 15 2023

"Tiada sebarang dokumen yang diberikan oleh Pekin untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian kereta," kata Asnina.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Nak dapat skrip mencabar lakonan agak susah' - Pekin Ibrahim
Pekin mengakui dia jatuh cinta dengan skrip yang diberikan oleh pengarah Jason Chong, lantas bersetuju untuk menjayakan watak sebagai Cikgu Azman.

Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar Toyota Yaris terbabit kemalangan 'total loss'
Menurut Asnina, dia adalah pemilik sebenar dan Pekin hanya bertindak selaku duta yang mempromosi syarikat D One Motorsports Sdn. Bhd.

"Tujuh hari di bawah matahari", filem pendek istimewa dari Astro untuk Aidilfitri 2022
Tahun ini Iklan Raya Astro 2022 menampilkan kelainan dengan menghasilkan filem pendek berdurasi 20 minit, berbeza dengan iklan yang dihasilkan sebelum ini.

Air mata Awie, Pekin gugur kenang Allahyarham Mamat Khalid
Awie dan Pekin tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kenangan bersama pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.

Filem Iban cipta sejarah, raih anugerah di Karnival Filem Dunia
Filem Belaban Hidup - Infeksi Zombie memenangi anugerah Filem Feature Terbaik di Karnival Filem Dunia Singapura hari ini.

'Saya rasa malu, terkejut!' - Siti Saleha
Pelakon berdarah kacukan, Siti Saleha menegaskan tidak akan membawakan watak yang boleh mencetuskan kontroversi buat kali kedua.

Apabila hargai isteri, Allah mudahkan perjalanan dan murahkan rezeki - Aeril Zafrel
Menurut Aeril, foto albumnya adalah akaun Instagramnya.

Hantu Kak Limah sunyi, cari teman ke surau
Pelakon yang popular dengan watak Hantu Kak Limah, Dalimawati Ismail bersedia untuk menamatkan zaman janda.

'Cinta Pertama' Pekin Ibrahim dan Fatah Amin
Kisah 'Cinta Pertama' membabitkan Pekin Ibrahim dan Fattah Amin dikongsikan menerusi sebuah persembahan teater muzikal

"Bercinta dengan model antarabangsa bernama Iman bukan propa" - Pekin Ibrahim
Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim menafikan tuduhan sesetengah pihak mengatakan dia menipu tentang kisah percintaannya dengan seorang model antarabangsa.