FILEM terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar semakin mendapat perhatian orang ramai.

Kali ini, elemen ketuhanan dan kemanusiaan yang memberi impak dalam filem tersebut menjadi bualan para penonton.

Menerusi tinjuan Gempak di Twitter, elemen tersebut telah banyak menyentuh jiwa penonton.

Rata-rata mereka menganggap Sangkar bukan sahaja memaparkan elemen sukan seni bela diri campuran (MMA), malah turut sarat dengan elemen lain yang boleh dijadikan pengajaran.

BACA: "Pada yang ingin melawat boleh datang..." - Remy Ishak kena belasah?






Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura!