PELAKON dan pengacara, Mira Filzah memaklumkan sudah mengalami beberapa simptom di trimester akhir kehamilan.
Dijangka bersalin awal Mei ini, Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memberitahu dia kini mengalami sakit belakang dan kaki yang semakin membengkak.
“Sekarang pun dah sarat, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa sakit belakang…kaki pun dah bengkak.
“Namun sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” katanya.
Mira bersama suaminya Wan Emir Mistar ditemui ketika Majlis Malam Women of Excellence Awards 2021/22 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur semalam.
Mira menerima anugerah Excellent Achievement Award In Entertainment Industry bagi bahagian lakonan yang disampaikan sendiri oleh ibu mentuanya iaitu Datuk Mastura Mohd Yazid iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dalam acara malam tadi.
Apabila ditanya mengenai persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu, Mira memberitahu ia masih belum selesai sepenuhnya.
“Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja. Tiada lagi keluar mencari barang.
“Bukan sahaja kerana bimbang akan virus COVID-19 sekarang…malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan masa.
“Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya selebihnya saya hanya berfikiran positif,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Emir memberitahu dia kagum dengan semangat Mira yang komited dengan kerja dan tanggungjawab meskipun sedang sarat hamil.
“Dia seorang yang berkerja keras kadang-kadang tu risau juga. Balik rumah bila dia mengadu sakit belakang dah sebagainya saya yang bantu mengurutnya dan sebagainya,” beritahunya.
Tidak akan mengadakan sebarang acara baby shower atau gender reveal, Mira memberitahu jantina bayi akan didedahkan selepas selamat bersalin.
“Kami tiada sebarang majlis untuk itu tetapi ada la buat makan-makan bersama keluar dan rakan terdekat sahaja.
“Untuk jantina saya rasa lebih baik kami umumkan bila sudah selamat bersalin nanti,” katanya lagi.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.
Gempak
Fri Mar 25 2022

Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan. - Foto Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mira Filzah, Kamal Adli bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih
Hikayat Bawang Merah Bawang Putih mengisahkan kehidupan Bawang Putih anak yatim yang tinggal bersama ibu tiri dan adik tiri.

Sekeping di Instagram, anak Mira Filzah kumpul 51,000 pengikut, tak akan sorok wajah Wan Khair
Kelahiran anak sulungnya Wan Khair Emir yang kini berusia 3 bulan semakin menambah keterujaan pengikutnya di instagramnya.

'Nama Khair ada dalam banyak surah' - Mira Filzah, suami kongsi tutorial pilih nama anak guna apps!
Perkongsian Mira Filzah yang mencari nama anak sulungnya menerusi apps menarik perhatian ramai.

"Tidur satu jam sahaja..."- Selepas seminggu, Mira Filzah kongsi nama anak
Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka.

Sambut bayi: Dua-dua penat, Mira Filzah dan suami mohon maaf
Selamat berpantang Mira Filzah!

Rezeki Mira Filzah timang anak lelaki di hari lahir
Mira Filzah selamat lahirkan bayi lelaki pada pukul 3.40 pagi tadi.

Mula sakit belakang dan kaki membengkak, Mira Filzah dijangka bersalin pada...
Wah! tak lama lagi dah nak bersalin...

Mira Filzah hamil, kandungan bakal memasuki trimester ketiga
Pasangan itu turut melahirkan penghargaan kepada mereka yang mendoakan selama ini.

Go Shop jenama semula CH111 kepada BAARU, sasar lebih ramai golongan milenial
Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing.

The Maid bakal cetus fenomena
The Maid dianggap sebagai penerus kecemerlangan siri program The House yang mencetus fenomena baru-baru ini.