IPOH: Kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah paling gemilang dalam kerjaya seninya apabila ditabalkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi ke-95 (Oscar 2023), turut membanggakan warga tempat kelahirannya, Ipoh.
Menurut mereka, kejayaan itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah mampu melonjakkan nama negeri Perak, khususnya Ipoh.
Beberapa warga tempatan yang ditemui antara lain berharap, bandar raya ini turut mendapat tempias apabila lebih ramai orang luar mula mengenali Ipoh, sekali gus dapat melonjakkan sektor pelancongan.
Pengurus syarikat swasta, Titin Liyana Buhaiqi Amin, berkata: "Memang sangat bangga, sangat gembiralah sebab seorang anak kelahiran Perak memenangi anugerah yang bukan calang-calang anugerah.
"Anugerah ini diiktiraf di seluruh dunia. Sebagai seorang anak Perak memang saya rasa teruja dengan kemenangan ini. Tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kemenangan ini.
"Diharap dengan kemenangan ini secara tidak langsung membawa nama Malaysia dan nama Perak ke peringkat yang lebih tinggi lagi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
BACA: Tahniah Michelle Yeoh, Oscar akhirnya dalam genggaman
BACA: Sejurus menang Oscar, Michelle Yeoh hubungi ibu
Sementara itu, pegawai penyelidik swasta, G Jeyasharlina, berkata: "Bukan senang untuk capai kejayaan di tahap ini. Saya rasa pencapaian ini bukan saja mengharumkan nama Malaysia, tetapi juga nama Perak, khususnya Ipoh.
"Saya sebagai anak Perak sangat bangga dengan pencapaian beliau dan harap beliau boleh memenangi banyak lagi anugerah seperti ini pada yang akan datang," katanya.
Pengarah syarikat, Christy Tan pula berkata: "Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh yang semakin hebat dalam industri filem antarabangsa. Saya berasa bangga, sama seperti ramai rakyat Malaysia yang lain.
"Saya berharap beliau semakin sihat dan mendapat lebih banyak anugerah pada masa yang akan datang," katanya.
Pengusaha khidmat pembersihan, Armie Irwan Aziz, berkata: "Tan Sri Michelle Yeoh telah menjadi contoh kepada anak muda supaya boleh mencapai apa saja kejayaan di peringkat antarabangsa jika berusaha.
"Beliau telah membuka pintu kepada anak muda... boleh menjadi contoh dalam bidang lakonan Malaysia," katanya.
Pada acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat itu pada pagi Isnin, Michelle, 61, merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Mar 13 2023

Atas dari kiri: Titin Liyana, Jeyasharlina. Bawah dari kiri: Christy, Armie Irwan.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

“Seperti satu kegagalan kerana tiada anak” - Michelle Yeoh
"Saya berusia 62 tahun. Sudah tentu, saya tidak akan mempunyai bayi sekarang."

Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat di Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.

Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh ucap tahniah pada Lee Zii Jia, Aaron dan Wooi Yik
Aktres Hollywood kelahiran Malaysia bangga dengan pencapaian skuad badminton negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.

#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.

Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.

Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.

Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak!
Pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh memberitahu gambar kaki bayi yang dimuat naik sebentar tadi merupakan gambar kaki cucunya.

Dilantik duta jenama popular dunia, Michelle Yeoh dikecam
Kerana mengumumkan pelantikannya itu, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia disifatkan tidak sensitif dengan perkembangan yang berlaku di Gaza.

Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC
Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.

Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga
Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraannya selepas berpeluang pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.