PELAKON dan penyanyi Ayda Jebat meminta pandangan wanita yang sedang hamil mengenai tindakan segelintir masyarakat yang gemar memegang atau mengusap perut ketika bergambar.
Tidak selesa dengan situasi itu, Ayda bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya.
“Mommies selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut mommies?
"Saya minta maaf. Saya okey saja kalau nak selfie pegang bahu ke tangan saya tu dah biasa.
“Tapi tengah mengandung ni sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau mak cik-mak cik jumpa terus pegang raba-raba perut kita. Nak tegur, tapi tak terkeluar pula kata.
“Faham kadang-kadang acik teruja… tapi harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan baby, sudah memadai,” luah Ayda.
Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Be Mine ini juga berkongsi pengalaman berdepan dengan seorang wanita yang memegang perut hanya untuk merasai tendangan bayinya dalam kandungan.
“Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis macam ini saja dulu baby dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak’. (Sis muka dah petak).
"Korang rasa macam mana ya,” kata Ayda.
Rata-rata netizen terutama wanita yang sedang hamil dan pernah melalui situasi yang sama memahami apa yang dirasai Ayda serta berharap semua pihak tidak melakukan perkara tersebut.
Malah ada juga segelintir netizen yang menasihati agar tidak membenarkan sesiapa mengusap atau memegang perut ibu hamil kerana bimbang ia melibatkan sihir atau ilmu hitam.
Minggu lalu Ayda dan suaminya iaitu Nabil Mahir mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka lahir pada penghujung tahun ini.
Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun. -Gempak
Gempak
Thu Oct 05 2023

Ayda berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan, namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya. -Gempak

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok
Penyanyi Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.

THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.

Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.

Ayda Jebat syukur, selamat bersalin anak kedua
Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir timang cahaya mata lelaki pada 12.12.2023.

'Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar
Tidak selesa dengan situasi itu, Ayda bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya.

Ayda Jebat bakal timang anak lelaki
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.

'Maaf, lepas gian' - Ayda Jebat ditegur terlalu lincah di atas pentas ketika hamil
Ayda bagaimanapun mengatakan dia belum lagi dalam keadaan sarat memandangkan usia kandungannya masih dalam lima bulan.

Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638
Ayda mahu membeli semula kasut berkenaan dengan harga asal supaya pengguna Twitter tersebut dapat beli kasut baharu yang lebih selesa.

Ayda Jebat usik Nabil idam anak lelaki
Ayda secara berseloroh turut mengusik suaminya yang beria-ia mahu menikmati hidangan daging wagyu dalam misi untuk cuba dapatkan anak lelaki.

Kahwini Nabil Mahir kerana harta? Ini jawapan Ayda Jebat...
Ayda tegaskan dia bukan jenis wanita yang memandang harta, jauh sekali untuk meminta-minta.