Ayda menduduki tangga pertama dengan penuh bergaya apabila memperolehi markah 95.24 peratus daripada barisan juri tetap.
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Mengikuti rapat kedudukan Ayda untuk minggu pertama adalah Aepul Roza dan Aisha Retno masing-masing dengan markah sebanyak 90.34 peratus dan 84.17 peratus.
Sementara itu, Kaka Azraff hampir menjadi peserta pertama disingkirkan apabila mendapat jumlah markah tercorot iaitu 58.05 peratus.
Namun Kaka boleh menarik nafas lega apabila kesemua peserta diumumkan akan Level Up Satu Minggu (L.U.S.M) atau bermakna tiada sebarang penyingkiran yang akan berlaku.
Kaka berada di tangga dua terbawah bersama vokalis kumpulan Madam, Putera Muhammad.
Untuk minggu kedua kesemua perserta dicabar dengan tema Revolusihat.
Berikut merupakan senarai lagu untuk minggu kedua THSS:
Tema minggu 2: Revolu-sihat
Ayda Jebat - I'm sexy And I'm know it
Aepul Roza - Nakal
Aisha Retno - New York, New York
Zizi Kirana - Perang dah tamat
DeFam - Tamparan Wanita
Datin Alyah - I'm The best
Stacy - Wannabe
Putera Muhammad - Test Drive
Kaka Azraff - Standing in the eyes of the world
Peserta yang berjaya mara ke pusingan seterusnya akan diadili oleh tiga juri tetap laitu Zizan Razak, Datuk Seri Rossa dan Edry Abdul Halim.
Program tersebut diacarakan secara langsung oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad selama 10 minggu bermula 12 Mei 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Cheras.
'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Program 'The Hardest Singing Show' berteraskan konsep 'Kreativiti Luar Limitasi', dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.